Thursday, December 1, 2011

Mandi manda - Gold Coast Water Park

Ahad lepas bawak kids gi mandi manda kat water park Gold Coast Morib. Tempat baru..Nice place.kids pun happy...aku pun tumpang happy. lama dah planning nak bawak kids mandi manda..sejak abah dorg balik .konon nak gi sunway lagoon..siap2 semua baju dll..tak disangka sangka tutup lak hari tu..frustrated kids..planning kali ni pepagi tu dah siap2..mak uda kids pulak dtg lambat..pergi sekali dgn dia..kalau aku sorg handle semua habisla..kena ada yg accompany..dah sampai pun wet world kat shah alam..punyerla penuh..beratur sampai kat akuarium tu..kitaorg decide patah balik la ke area morib..kids dah bising2 ..ni jalan nak balik ni..kata kids..hehehe
jauh travel kali ni..hehe..telok-shah alam- shah alam-morib...hmmm...
sampai pun dah agak lewat pkl 11.30. masuk2 kaw. tu nampak masih baru..sekeliling ada mcm apartment untuk stay..berdekatan ada chalet..nyaman berdepan dengan laut..rata2 dalam internet org komen x best..bau udara x segar dan lain2 lagi..apa pun masing2 punya pendapat..maybe sebab tempat masih baru..lama2 ada la improvemennya..tapi aku puji water park dia..syok..marsyall yg bertugas pun memberi layanan baik..

layan pic yer..:)
.
.
.
.
.







Tuesday, October 25, 2011

penghujung october

hujung2 october..aduhaii..banyak sgt dugaanyer terutama bab kesihatan..lepas sakit telinga hari tu ..demam ..sakit mata pulak...telinga membengkak luar biasa rasanya..mulanya pergi klinik biasa aku pergi bwk anak yg dmam sekali la check telinga ada dengung2 ..dr.kata ada taik telinga keras...dia bagi ubat titis..lepas pakai ubat titis tu aku dah mula x dengar..dah 3 hari aku pergi balik dr tu tanya aku x korek ke?sebab dia teropong dia kata x tecuit..aik...perlu ke dikorek?bukan ke ubat titis dia kasi tu utk cairkan taik telinga?..memula marah sebab aku korek telinga...ni dia suruh aku korek telinga la pulak...huhuuu..aper punyer dr. ini???dr. tu suruh aku refer hospital la pulak..aku ckp x kan sampai kena refer..dengan ayat yg agak kureng..dia cakap kalau aku nak pekak lambat2 lah pergi refer...x per.sabar yer...

lepas x tahan dgn telinga yg makin bengkak aku gi klinik panel. Barulah ku tau dr.tu bagi aku ubat yg tak betul..sepatutnya dia bagi soluwax..ni dia bagi antibiotik jer,.mana maunyr taik telinga mencair,,,ih ihhh...aku terus pangkah klnik tu utk aku kungjungi lepas ni...support punyer pasal la kan...lepas pakai ubat dari klinik panel tu alhamdulillah beransur pulih telinga dah tak macam telinga tikus dah..hehehehhe sukurrr

lepas sakit telinga...mata pulak...semalam jer (isnin) mata dah merah dua2 belah..bos aku nampak...dia faham n suruh aku mc jer esok lepas settle issue cheques.
rasa badan n kepala pening2..sebelum tu dah ada tanda2 ..nasihat kawan2 aku cuci dgn air garam.ttiskan air susu bdan sdiri yg alhamdulillah masih ada ni...aku amalkan sentiasa...bila dah merah dua2 mata dari sebelumnya sebelah jer,,,aku gi klinik gak la utk mc...ubat titis tu pun gunala jugak,,,alhamdulillah lepas guna malam tadi..beransur pulih,,,x de taik mata dah keluar..pening pun dah hilang...menangis gak saat tu bdan x sihat dgn mata yg bert nak tutup jer masa tu...dgn anak2 nak susu nak itu ini..aku gagahkan juga ..syukur sgt dah beransur pulih...hari ni mc..x berehat apa pun...pergi pasar...memasak utk anak2 pergi balik sekolah aku hantar...saje praktis dulu...akan dtg jadi suri rumah bleh la arrange itu ini...insyaallah...

Monday, October 10, 2011

Pertengahan October ...

last September...

Semenjak selepas Hari Raya september lepas,semangat untuk meneruskan hari2 bersama anak2 tanpa abang di sisi amat pilu. Sekejap jer masa berlalu,abang terpaksa kembali bertugas.Masa yang ada kami luangkan sehabis baik..boleh dikatakan tak lekat kami di rumah..letih tapi seronok.dapat juga meround rumah jiran tetangga..rumah sedara mara..dapat balik kampung walaupun raya pertama tu kereta kami masalah sikit.ni lah gara2 service centre yg main hentam jer servis kete org bagi part yg salah. Alhamdulillah ada kereta adik ..boleh la pinjam balik kpg esoknya..tersadai kejap kereta kami kat rumah..padahal lepas kami find out technician pasang part yg salah size n membuatkan kereta kami tersangkut sangkut ..dugaan sungguh

Cuti yg ada aku habiskan untuk mengemas rumah, baju2 yg menggunung..maklumla anak ramai kan..hehe..tempat sidai baju dah macam kedai dobi..eh..kedai dobi ada sidai2 ker?..semua mesin yg settlekan..tapi x per..rasa seronok dapat menguruskan rumahtangga sendiri..bila la aku akan dapat petunjuk untuk menngundurkan diri daripada Anglo Asia yg mencabar tu..huhuuu

semakin hari semakin sepi..tension dan tension sekian hari..dengan anak2 yg semakin aktif ..aku masih belajar untuk menjadi seorg yg penyabar..hari demi hari ada pasang dan surutnya,,mencuba dan mencuba untuk menjadi sabar..namun kadangkala tandus jua..anak2 kekadang jadi mangsa jugak..akhirnya aku yg menangis sendiri..hari2 mohon keampunan dan mohon semoga Allah memberikan aku kesabaran yg tinggi..hari2 baca ayat2,surah2 yg dapat membantu..

October....
.
.
.
.
.COMING UP NEXT

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga sebab abang balik ...yeh yeh..seronok tak terhingga..alhamdulillah abang selamat sampai 29hb pagi.Pagi Raya bermaaf-maafan dan bergambar la sesikit sebelum gi rumah nenek di KRU.









Wednesday, August 17, 2011

Thalhah dah Botak & lain2 citer..



Cerita pasal Thalhah lagi bagus..hehe..anak manja yg ke 4 ni..semakin membesar dan aktif serta bijak..kalau abg2 bergaduh dia jadi tukang hep hep kan..
dah pandai memanjat-manjat ..pandai makan..asal nampak org makan jer cakap nak nak..
Thalhah manja sangat dengan ibu..ibu balik keje je lari2 sambil lentok2 kepala nak suh ibu dukung..umar pun sama..dah makin gendut nak suh ibu dukung..terduduk ibu dukung 2 org sekali..pic tu masa Thalhah ikut ibu pi shopping baju raya dengan mak uda ct..dia sorg je ikut sebab dia good boy skit duduk kat stroller sambil makan keropok..ada budak lalu mintak dia tak kedekut bagi..nahhh dia kata..hehe

Kebelakangan ni ibu letih sangat..dalam kepala pun dilema antara nak teruskan kerja atau nak berhenti keje uruskan anak2..memang kalau pk kan pasal duit tak berhenti la sampai pencen..tapi sekrg semua memerlukan duit..sambil dapat membantu mak abah serba sikit ada juga jaminan aku masa tua utk anak2 juga nanti(epf).selagi hayat dikandung badan..Insyaallah kerja untuk beramal ..semoga Allah beri aku kesihatan yg hebat..amin..

Ramadhan ke 17...keje keje keje...

Tak lama jer lagi nak sambut Aidil fitri..makin lama makin lemau jer semangat nak datang keje.lebih2 lagi x de bonus tahun ni..biasa sebelum puasa (bulan july) dah dapat bonus.Staff semua merungut..kenapalah mamat Thai ni buat macam ni..taula dia tak suka dengan staff2 kat Malaysia ni..kalau dorg kat Bangkok sana pi melancong pi sana sini boleh...suka perlekehkan kemampuan kami kat sini...kat sana production bertan tan sebulan..kami kat sini tak sebanyak mana..padahal tahun2 sebelum ni pun selalu cakap company x untung ..company lost..tapi dpt gak sebulan bonus.tak bangkrup pun company, nak kelentong pun dengan aku yg hari2 tgk duit keluar masuk berapa juta..Apa lagi yg mereka harapkan selain bonus.dah la x de apa aktiviti ..x de apa event yg bos2 approved..x ke bosan jer rasa..

Tak aperla mamAT tHAI..kitaorg pasrah jer la..semoga ada rezeki lain Allah nak bagi..Insyaallah..

Monday, August 8, 2011

Semoga Dapat Membantu..

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”


Quote:
Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Anak Hyper/Nakal - Ya Allah..sabarkanlah imanku..

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Friday, July 15, 2011

Demam Urat...Tulang sengal...huhuuu

Hmmm...Allah menguji lagi...lepas anak2 demam,batuk..giliran aku pulak. Demam kali ni aku rasa antara yang teruk pernah aku rasa.Alhamdulillah dapat kembali bekerja setelah 2 hari bermc. Hari pertama mc sebelum dapat drive ke klinik lepak rumah mak .ingat nak tido tapi memandangkan anak2 (umar n thalhah) ada bersama, memang x dapat nak rehatkan badan ni..terpaksa tawakkal bangun pepagi utk menyiapkan Luqman ke sekolah..ada saja ragam mereka. Aku gagahkan jua drive ke rumah mak sementara dapat tidur2 ayam n setkan jam untuk bangun ambik Huzaifah dari tadika. Tgk2 abah dah otw ambik dia,aku pun terusla lepak rumah mak. Pukul 5 baru dapat pergi klinik itu pun mintak tolong adik drivekan. Urat kaki , masyaallah..tangkap kat situ gigil sudah.Mak suruh tido rumah mak jer..memandangkan dengan keadaan aku yg tak larat nak mengangkut baju,buku segala..aku gagahkan juga la balik je rumah sendiri..insyaallah lepas makan ubat ok lah sikit..

Keesokan harinyer pun aku masih tak berapa larat..urat kat tengkuk ni rasa amatlah sengal. kaki dah kurg sengalnyer..ubat Klinik tu memang piaww..aku tidur pun macam bisalah berjaga jaga jer..memang x tidur dengan lena.bangun pagi hantar luqman sekolah..dapat juga hantar Huzaifah ke tadika..suka sangat dia..sebab banyak kali dah janji nak hantar ibu tak dpt tepati..hari ni walau tengkuk rasa lenguh2 lagi kaki ibu dah ok skit dapatla hantar dan ambik huzaifah. Sebelum tu dah siap2 hantar lagi 2 org kerumah mak.Ckp ngan mak nak rehat kat rumah selubung.Alhamdulillah barulah dapat tido dengan nyenyak sikit walau pun badan rasa masih sengal2..badan pun dah berpeluh.jam dah nak pukul 11 bersiap ambik Huzaifah,bawak pergi makan..belikan dia apa yg dia nak(selalunyer jambu n air jambu) kali ni nak air kelapa pulak dengan kuih..nampak dia seronok ibu dapat ambik dia kali ni..kegembiraan terpancar kat raut wajah nyer yg comel tu..

Keje kat office aku dah tak hirau sangat dah.Mungkin sebab sepanjang minggu lepas banyak kali keluar office masuk office..naik turun bangunan..turun naik kereta,.memenatkan..aduhhhhh..sampai bila x tau lah..nak kena cari seorg runner utk buat keje 2 tu..tapi ntahlah..sampai bila jodoh aku dengan tempat keje ni setelah hampir 5 tahun perhambakan diri..Abg kata kalau badan x sihat x payahla dtg keje..kalau x sebab t/jawab dan ada benda urgent nak kena buat aku dtg jugakla ..esok dah cuti balik..lagipun cuti pun dah habis lepas tolak cuti raya..abg kan nak balik cuti nanti..rinduu rasanya..mungkin kah demam kali ni demam rindu?..hehe.hari2 pun rindu tapi kenaapa x hari2 demam?..leh mc lagi..haaaaaa

sementara bos2 tgh meeting tergempar bolehla aku meluahkan isi hati ni dan lepas ni dah nak sambung keje balik..tata titi tutu...

Monday, July 11, 2011

Macaroon class.....9 July

Ni nak citer skit dengan memember..sabtu lepas kita gi kelas buat macaroon. seronok gak lebih2 lagi ticernyer n participant semua sporting2..ticernyer pun admit yg group kitaorg ni memang happening..dengan lawaknyer..dengan soalan2 yg membanjiri otak pemikiran ticer..daripada ticer tu kata badan rasa nak demam terus sihat dek penangan kitaorg ni..hehe..syukurlah at least meriah juga rumah ticer kak kama azura dengan telatah kitaorg ditambah dengan riuh rendah anak dia nangis..
Dah lama actually nak attand kelas ni...asyik posptpone jer at last alhamdulillah berjaya jugak. Baru lah tau yg experiment aku secara solo selama ni ada cacat celanya.penting jugak praktikal sebenarnya.Syukur sangat dpt join.

cuba layan gambar ni dulu..nanti kita leh kongsi2 pengetahuan yer kengkawan:)







Peralatan yg diperlukan...















Kami..

Anak-anak Ibu

Lilypie Kids Birthday tickers

Luqman

Luqman

Huzaifah

Huzaifah

Umar

Umar

Thalhah

Thalhah