Wednesday, August 17, 2011

Thalhah dah Botak & lain2 citer..



Cerita pasal Thalhah lagi bagus..hehe..anak manja yg ke 4 ni..semakin membesar dan aktif serta bijak..kalau abg2 bergaduh dia jadi tukang hep hep kan..
dah pandai memanjat-manjat ..pandai makan..asal nampak org makan jer cakap nak nak..
Thalhah manja sangat dengan ibu..ibu balik keje je lari2 sambil lentok2 kepala nak suh ibu dukung..umar pun sama..dah makin gendut nak suh ibu dukung..terduduk ibu dukung 2 org sekali..pic tu masa Thalhah ikut ibu pi shopping baju raya dengan mak uda ct..dia sorg je ikut sebab dia good boy skit duduk kat stroller sambil makan keropok..ada budak lalu mintak dia tak kedekut bagi..nahhh dia kata..hehe

Kebelakangan ni ibu letih sangat..dalam kepala pun dilema antara nak teruskan kerja atau nak berhenti keje uruskan anak2..memang kalau pk kan pasal duit tak berhenti la sampai pencen..tapi sekrg semua memerlukan duit..sambil dapat membantu mak abah serba sikit ada juga jaminan aku masa tua utk anak2 juga nanti(epf).selagi hayat dikandung badan..Insyaallah kerja untuk beramal ..semoga Allah beri aku kesihatan yg hebat..amin..

Ramadhan ke 17...keje keje keje...

Tak lama jer lagi nak sambut Aidil fitri..makin lama makin lemau jer semangat nak datang keje.lebih2 lagi x de bonus tahun ni..biasa sebelum puasa (bulan july) dah dapat bonus.Staff semua merungut..kenapalah mamat Thai ni buat macam ni..taula dia tak suka dengan staff2 kat Malaysia ni..kalau dorg kat Bangkok sana pi melancong pi sana sini boleh...suka perlekehkan kemampuan kami kat sini...kat sana production bertan tan sebulan..kami kat sini tak sebanyak mana..padahal tahun2 sebelum ni pun selalu cakap company x untung ..company lost..tapi dpt gak sebulan bonus.tak bangkrup pun company, nak kelentong pun dengan aku yg hari2 tgk duit keluar masuk berapa juta..Apa lagi yg mereka harapkan selain bonus.dah la x de apa aktiviti ..x de apa event yg bos2 approved..x ke bosan jer rasa..

Tak aperla mamAT tHAI..kitaorg pasrah jer la..semoga ada rezeki lain Allah nak bagi..Insyaallah..

Monday, August 8, 2011

Semoga Dapat Membantu..

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”


Quote:
Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Anak Hyper/Nakal - Ya Allah..sabarkanlah imanku..

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.