Monday, June 20, 2011

Terjumpa sajak lama....

Dup Dap Dup Dap Jantungku berdegup
Resah gelisah tidak keruan
menanti saat2 melahirkan

Doaku agar kandunganku sihat
walau badan tidak henti bergerak
anakku sayang dengarlah nasihat
jadilah manusia yang berguna kelak

dalam hati hanya Allah yang tahu
kerisauan ibu menunggumu
moga dikuatkan kudrat ibu
menunggumu tidak kenal jemu

ibu redha ketentuan ilahi
walau hati ibu sentiasa sunyi
namun masih ada yang menemani
yang akan menjagamu abangmu sendiri

harapan ibu kamu tak lupa
mendoakan ibu selamat sejahtera
bersama abah yang tercinta
dapat sama2 melayar bahtera.

Sajak di atas aku jumpa masa kemas2 rak buku kat rumah,dalam diary lama tu terselit sajak ni..rasanya masa ni aku tengah ngandungkan Huzaifah. hehe..

2 Month to go...

Haii..lama x luahkan perasaan kat blog ni..dah hampir 5 bulan abg kat sana.Rasa abg dekat dengan kami walaupun tak bersua muka..actually boleh wechat or skype (wechat pun dah x de kat facebook).Memandangkan masa yang amat terhad melayan anak2 dan lain2 limit sangat masa utk bersua muka di alam maya dengan abg.Kami selalu ber bbm kuranglah rasa sunyi.Walau kadangkala sayu jer hati.

Kehidupan semenjak berpindah semula kerumah (sebelum ni weekend je tido kat rumah)alhamdulillah hari2 semakin bersemangat dan masa menjadi teratur walau kadang kala ada terlambat sikit ke tempat kerja but jarang sekali.Lebih baik daripada anak2 asik berjaga jaga malam jer sebab tak boleh tido. Mungkin sebab rumah mak dekat dengan laut,bahang tu kuat. Nak pasang aircond hari2 alamat beratus ratus la bill eletrik rumah mak. Untuk tidak menyusahkan sesiapa,aku ambik keputusan untuk stay kat rumah sendiri lagi puas hati dan tak perlu sibuk2 nak angkut baju2 dan lain2 lagi.

Pagi2 siapkan luqman ke sekolah, Huzaifah ke Tadika Pasti tak menjadi masalah sebab masing2 dah besar senang nak kejut dan bersiap tu jer kena bising2 sikit sebab dorg suka lengah2 bila pakai baju mengalahkan ibu lak nak bersiap gi keje.

Malam tadi bawak kete dengan anak2 pi tapau tomyam dengan kailan ikan masin request by Luqman Hakim, Huzaifah nak air tembikai..balik rumah makan.(ibu x larat nak masak penat berkemas) Rasa seronok nengok anak bersemangat makan. Sesekali kalau ada abah makan kat luar semua org leh turun.Cakap dengan anak2 kalau semua org leh calm down, tak kecoh2, duduk makan dendiam ibu leh turun kita makan kat restoran tu or kedai tu..tapi kalau masing2 tak leh dok diam,ibu buat camtu jerla..ibu order...anak2 dok dalam kete kejap.sesambil ibu pantau2..dah siap kita balik makan kat rumah..masing2 diam dan tau dorg tak leh dok diam..hehe..faham diri sendiri dah nampaknya..




Gambar budak happy..hehe