Saturday, December 26, 2009




Minggu lepas juga berkesempatan jumpa member lama kat JJ Bukit Tinggi.Kebetulan yam dari Sarawak cuti panjang kat semenanjung ni..maklumla cikgu..syoklah tengah school holiday ni..Ct & Shaz pun ada sama..lama jugak x jumpa shaz..Ct pun last jumpa masa Raya lepas. Walaupun keadaan x mengizinkan sgt..biasalah badan sengal2 buat masa ni aku gagahkan jugak untuk join. Anak2 tentulah seronok apa lagi dpt lari2 sana sini..letih jugak nak control tapi tak perla asalkan dorg gumbira..




24hb lepas besday Luqman genap 5 tahun.Tak der special pun untuk Luqman...kebizian yg amat dan banyak pulak halangan dari segi kesihatan membuatkan kami hanya sediakan Luqman kek jer..cian Luqman..Insyaallah,Luqman 6 tahun nanti ibu buatkan besday party untuk Luqman boleh panggil kawan2 sekali.Dalam usia Luqman sekarg..pandai dah menjemput org dtg rumah..jiran sebelah rumah pun di jemput suh dtg malam 24hb tu..siap war2kan hari ni besday dia..huhu..malam tu makcik2 & pakcik dari kampung call wish besday kat Luqman..kemain story lagi dia macam biasalah jemput dtg rumah rasa kek dia..pastu jangan lupa bawak hadiah..mak uda hari ni dtg bawak hadiah untuk Luqman..set buku & alat tulis Ben 10 lah apa lagi...suka lah Luqman.at least something yg dia tunggu2 dari semalam sebab mak uda janji nak dtg malam tu..dia tunggu2 tak dtg sampai nangis2 dia..ibu jadi tension dengar Luqman nangis lebih2 lagi kebelakangan ni asik pening2 kepala & kaki pun tak berapa kuat nak berdiri lama2..hari2 kena urut dengan minyak panas..aduhhai..harap2 tak berlarutan nak nyer..

Sunday, December 20, 2009

Hari cuti yang memenatkan...

Musim cuti ni ramailah kawan2 & saudara mara yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis2 tertentu..jumaat lepas cuti awal muharram..apakah penghijrahan yg dpt anda semua lakukan?atau masih di takuk yang lama?renung2kanlah bersama yer..

Sabtu lepas sempatlah berjumpa dengan member lama masa sekolah menengah dulu..walaupun sekejap tapi seronok.Tunggu Mr.Nizam balik keje jap..cuti2 pun ada keje daaa..
belum pun penat Mr.Nizam hilang, kitaorg dah siap2 nak pi Jusco Bukit Tinggi rancang nak beli brg bb sikit2, sebab nak melayan kerenah my heroes x dpt lah beli apa2.lepas makan jer kat food court jumpa member jap terus balik..harap2 dpt jumpa lagi la yer kawn2..

Monday, December 14, 2009

Kenduri Kahwin sesaje...


Majlis Kahwin sepupu (anak MakLang)kat Serting hari tu sebelum singgah bawak kids kat Ulu Bendol mandi manda..tu lah pengantin nyer..saje je ambik sipi ..
Memula ambik gambar adik beradik mak jer ..lepas tu ramaila yg lain serbu..
Amacam penuh tak frame?..keluarga beso lah katakan..

Makin lama makin penuh frame haa..sonok betul ambik gambo...hehe..
Makcik ngan pakcik aku ni sempat nyanyi karaoke lepas tetamu sumer balik...wah wah makcik aku ni sore boleh tahan..Pakcik aku sorg tu lak memang suka nyanyi .Sore dia pun boleh tahan..







Akhirnya dapat jugak bawak kids singgah walaupun kejap kat Ulu Bendol. On the way balik dari Kenduri Kahwin Mak Lang kat Serting. Walau sekejap my kids sonok sgt nampaknya..
tak sonoknya masa ni En.Nizam tak der sebab ada keje kat Bukit Tinggi ..nasib baik ada atok ngan Mak Siti nyer tolong tengok2 kan..Kalau tak bawak bb dlm perut ni lama dah aku join sekali..hehe..













Luqman dengan pangkat Pakcik dengan makcik dia (anak makcik) seronok jer main air..
Umar walaupun dah gigil2 sonok sampai tak nak naik. On the way balik tu pulak Umar tiba2 termuntah dalam kereta lepas minum susu..agaknya sebab tadi kesejukan ...minum susu lak ..habis sumer benda dia makan + minum kuar balik..Dah nak sampai pun Umar muntah2 lagi..muntah susu jer..masuk angin agaknya..balik bagi dia ubat..minum air suam jer..sebab dia tak nak makan...sapu2 minyak kat perut dia terus tertido....Esoknya bangun pagi tengok ok jer dia..Alhamdulillah..









Jalan2 ambil angin..












Sabtu lepas2,5/12 kami pergi berkunjung ke rumah kenduri kahwin saudara, balik tu singgah ke Pantai Batu Laut. Luqman dah lama suh bawah pergi tengok air..plan nak mandi manda tapi petang tu air tengah surut..so..kitaorg turun kejap ambil2 angin jer la..Luqman bebel kat dlm kete sampai tertido...cian dia..





Akhirnya dapat jugak rasa coklat yg di idamkan ni..buatan member kepada member abg yg keje kat Lembaga Koko Malaysia. Rasanya enak sekali..en.Nizam pun suka..en.Nizam ngidam jugak yer?

RAHSIA IBLIS

http://bit.ly/taman2syurga

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."



Sunday, December 6, 2009

Easy vs Difficult

EASY

DIFFICULT

Easy to judge the mistakes of others

Difficult to recognize our own mistakes

Easy to talk without thinking

Difficult to refrain the tongue

Easy to hurt someone who loves us.

Difficult to heal the wound...

Easy to forgive others

Difficult to ask for forgiveness

Easy to set rules.

Difficult to follow them...

Easy to dream every night.

Difficult to fight for a dream...

Easy to show victory.

Difficult to assume defeat with dignity...

Easy to admire a full moon.

Difficult to see the other side...

Easy to stumble with a stone.

Difficult to get up...

Easy to enjoy life every day.

Difficult to give its real value...

Easy to promise something to someone.

Difficult to fulfill that promise...

Easy to say we love.

Difficult to show it every day...

Easy to criticize others.

Difficult to improve oneself...

Easy to make mistakes.

Difficult to learn from them...

Easy to weep for a lost love.

Difficult to take care of it so not to lose it.

Easy to think about improving.

Difficult to stop thinking it and put it into action...

Easy to think bad of others

Difficult to give them the benefit of the doubt...

Easy to receive

Difficult to give

Easy to read this

Difficult to follow

Easy keep the friendship with words

Difficult to keep it with meanings

Apa Nak Jadi...??

Apa nak jadi dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita?

Perlu Bersikap Bijaksana

Bagi saya, kita perlu bersikap bijaksama. Dalam kita meraikan kejayaan masyarakat kita dalam kehidupan moden sekarang ini, kita juga tidak harus membutakan mata dalam menghadapi kepincangan-kepincangan dalam masyarakat kita.

Saban masa, kita berdepan dengan kisah-kisah buruk yang melibatkan masyarakat kita sendiri.

Dari kisah pasangan berbelanja ribuan dolar untuk majlis perkahwinan tetapi bercerai-berai dalam masa setahun dua sahaja, membawa kepada kisah anak-anak yang jadi mangsa perceraian, keluarga yang kehilangan tempat tinggal gara-gara kesilapan sendiri dalam menguruskan kewangan mereka lalu mencari tempat berteduh di tepi-tepi pantai, pergelutan berterus-terusan dengan masalah penagihan dadah dan banyak lagi.

Sejak kebelakangan ini pula, kita membaca di dada-dada akhbar tentang pelibatan anak-anak Melayu kita dalam pelbagai kes jenayah, ada yang begitu kejam sampai melewati batas kemanusiaan.

Mayat Reput

Beberapa hari lalu saja misalnya, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah troli di tebing Sungai Kallang selepas hilang seminggu lamanya.

Yang menyedihkan, seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak malang itu seorang lelaki Melayu juga yang merupakan kenalan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah dan sama-sama kita menantikan perbicaraannya. Jika dibaca lebih mendalam lagi, kita dapati keluarga kanak-kanak itu juga boleh dikatakan berantakan dan dicengkam masalah penagihan dadah.

Minggu ini juga, kita dikejutkan degan perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan sekumpulan anak muda Melayu bersama beberapa rakan bukan Melayu mereka yang dituduh merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 17 tahun dalam rumah salah seorang remaja lelaki tersebut.

Wanita malang itu dikatakan menjadi mangsa selepas mabuk akibat terlalu banyak minum minuman keras yang dibeli lelaki-lelaki tertuduh tersebut.

Kesnya sedang berjalan di mahkamah dan tidaklah wajah membincangkannya secara lanjut sehingga hakim membuat keputusannya.

Cuma apa yang ingin saya timbulkan ialah keberanian anak-anak muda melakukan jenayah seburuk itu di rumah ketika ibu bapa mereka tiada dan sikap mereka yang minum arak bagaikan minum Coca Cola sahaja gayanya.

Sebelum ini, kita sudah pun didedahkan dengan kes penderaan kanak-kanak sampai mati melibatkan bapa atau ibu bapa Melayu.

Apa perasaan anda apabila membaca laporan-laporan sedemikian? Tidakkah hati anda terguris.

Tidakkah anda tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Bagaimanakah sebuah masyarakat yang dahulunya terkenal dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Salah Siapa?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Sepanjang kerjaya saya selama lebih 27 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai usaha pemimpin politik dan masyarakat kita untuk mengatasi kepincangan masyarakat Melayu dan mempersiap mereka menghadapi kehidupan yang penuh persaingan demi penakatan mereka dalam Singapura ini.

Daripada badan-badan seperti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, membawa kepada Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini Forum Kepimpinan Masyarakat (CLF) yang menggembleng tenaga pemimpin politik dan masyarakat, saya telah melihat dan merasai pelbagai kemajuan dalam masyarakat hasil usaha tersebut.

Cuma masalahnya, di sebalik usaha itu, masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita.

Sedang golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan.

Golongan Terpinggir

Jika dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Namun hakikatnya, terdapat batas-batas tertentu dalam apa yang b0leh sahaja mengusahakan pelbagai program dan mendapatkan kerjasama pemerintah untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Namun, keputusan akhirnya masih terletak kepada individu sendiri. Jika kita, sebagai ketua keluarga gagal menyemai nilai-nilai positif yang cintakan ilmu dan usaha dalam jiwa anak-anak, maka susahlah untuk kita maju.

Kalau kita sebagai ibu bapa mengambil sikap mudah berserah dan lebih suka membiarkan keluarga kita tinggal melarat di tepi pantai, bagaimana hendak kita majukan anak-anak kita sendiri?

Jika kita lebih cenderung mengamalkan sikap meminta-minta tanpa dibekalkan usaha gigih, bagaimana dapat kita keluar dari lingkaran musibah yang menghantui keluarga kita?

Jika kita sebagai ibu bapa tidak ambil kisah dan ambil peduli perkembangan anak-anak kita, wajarkah kita mengharapkan orang lain untuk melakukannya?

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.


Thursday, December 3, 2009

Renungan ..

r


Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti

diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara
keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa
dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan
perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia
dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya.

Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah,
hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu.
Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat
merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap
sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri.

Firman ALLAH yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.
- Al-Hujurat:12