Monday, June 29, 2009

Kek Besday hubby & Ole2 dari bandung

Inilah besday kek hubby..



Ole2 dari Bandung.... cantik tak??..adik kata kat sana baju murah2..t-shirt hard rock tu kat sini mahal..kat sana cuma rm9+ jer..yerlakan.dah currency dia kecik..kalau nak shopping baju kat bandung lah ok..cuma gaun yg kak ain nak tu lengan panjang adik tak jumpa ..banyak yg tak de lengan ..cantek2 jugak kata adik..kita ni dengar citer dia jer la..bila la nak sampai sana ek??..Insyaallah coming soon..

Dialog anak2

Luqman: "nengok ada ikan la dalam air ni..".

Umar : "Cuba tengok tu bang....pokok tu tajam kan?..jangan main2 bang..!!"

Mikail : "hihkihkihk....tu jari tu nak dekatttt jer ngan pokok tu "..

Zaifah: "apalah korg ni....kecohh.!!

Friday, June 26, 2009

Hari ini Hari Jumaat..

Aku rasa hari ni lemah sesangat...ader kah kerana malam tadi malam jumaat??..ahaa...jawapannya ape salah ngan malam jumaat tu?..ooo..aku baca yasin & ajar anak ngaji malam tadi...dan sibuk melayan sikecik (umar) yg sibuk nak belajar ngaji gak..aduhh..tension kekadang bila time abg dia nak belajar..adik2 mesti nak mengaco..cian abg long..
Pagi ni kat opis settlekan sumer kerja dan standby apa2 dokumen & voucher2 sebab minggu depan big bos dtg...huhu..gaji lambat kali ni..budget pun mula lah lari sana sini..hehe..takper..sabo je la..apa lagi mintak kat my hubby la..kalau tak mintak pun hubby bagi nyer..sebab dia tau muka tak de duit ni..
Memandangkan pada kerja aku yg dah berehhhh ni..leh la bebel2kan jari ni apa yg terlintas..pastu dengar berita pasal Michael Jackson ninggal dunia...Innalillah..dia dah masuk Islam kan??kurg lah mengikuti perkembangan artis2 antarabangsa ni..cuma bila dengar lagu u r not alone tu rasa sayuuu jer.
Hmm...esok besday hubby (En.Nizam)...plan malam ni masak apa yg patut..standby kek..ngan kad yg sara buat tu..pastu ingat nak beli hadiah..tapi budget kan lari ..nak kejo bukan kata terlepas..nak tangkap pun tak dpt2...jatuh tersungkur lagi ada..hehe...dengan kos yg limit ni leh la sediakan apa yg patut untuk hubby tersayang..anak2 sure sonok..eeee..tak sabarnya tunggu malam...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa kepada semua bapak2,abah2,ayah2,daddy2,abuya2,walid2 dll yg berkunjung ke blog ni..semoga Allah merahmati anda dan semoga menjadi bapa hebat demi agama, bangsa dan negara..wahh besar maknanya tu..Terima kasih kepada abah (Hj.Abd.Talib) yang telah mendidik anakmu ini menjadi seorang yg berguna dan berjaya....Terima kasih juga kepada hubby (Encik Nizam) kerana telah menjadi abah yg the best for our sons. Abah semakin rajin membantu ibu dan abah dah pandai memasak untuk kami.."Luqman & adik2. (Ibu yg type ).
"Selamat Hari Bapa, Abah"

Friday, June 19, 2009

Menjawab Tag Kewangan dari Red

1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda?
18 thn - lepas SPM,sementara tunggu result...kat bee's bread & cakes kat bus stand klang dulu..dpt la sebulan RM500.++...penat wooo ..tapi sonok...

2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?Besarkan jwpn anda.
A. kurang 5ribu
B. Lebih 5ribu
C. Blm ada simpanan

3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu?
Kereta.....actually tak beli sendiri..atas nama jer..umur masa tu 20 kot..pakcik yg pakai kete tu..wira aerobak.

5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki?
Satu jer...

6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan?
Ya - brg dapur, susu, pampers, bil2 tertentu...

7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan?
Pernah jugak..nak niaga kueh mueh ke ..atau kerja2 yg berkaitan dengan skrip writer ker..type2..print ..hantar ..dpt duit..ader tak??

8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia?
Ya, Insyaallah..baru jer nak join takaful or etiqa..hubby yg uruskan benda2 ni sumer..

9) Adakah anda mempunyai wang persaraan? cth: KWSP atau retirement plan etc.
Ya , seperti cth di atas..lain2...simpanan..

10) Adakah anda selesa dgn pendapatan seisi keluarga anda sekarang?
Alhamdulillah....bersyukur dengan apa yg ada...kalau leh nak lagi selesa..Aminn..

11) Tag ini sangat sesuai utk mengetahui status kewangan 5 sahabat
Sara
R_nyz
Zrizman
Izdham
Syah

Wednesday, June 17, 2009

Mengembalikan mood yang hilang

TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.


Friday, June 12, 2009

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**

Thursday, June 11, 2009

dare to fail


Click to join Taman2Syurga

Ujian seseorang itu adalah perjuangan yang
ia perjuangi...
Ketabahan yang ditunjukan saban hari
Bagaimana i berdiri teguh dan menahani
Hentaman dan pukulan yang takdir menghujani
Pengecut mampu tersenyum... ..
bila tiada yang harus ditakutkan
Ketika tiada kemajuan yang menghalang
Namun lelaki sejati jua....
yang sanggup bersorakan
Manakala orang lain ....
yang berlagak sebagai bintang
Bukan kemenangan itu perkara utama
Tetapi perjuangan yang ....
seseorang saudara memperjuangi
Orang yang, bila ia tersepit dan terpaksa
Masih mampu berdiri tegak dan menahani
Pukulan-pukulan takdir....
dengan segala bangga
Berdarah pucat dan benjol,
Dialah orang yang akan.....
menang di akhirnya.
Kerana dialah orang yang berani gagal


Bersyukur Apa yang Ada

Buat perkongsian bersama..... .....
Mata saya tidak berkedip memandang ke wajah anak sulung kesayangan. Saya menoleh pula ke almari cermin di hadapannya. Menggeleng kepala saya seketika.

"Muka Kak Long dah putihkan Ummi," kata Kak long melihat saya terpaku memandangnya dari tadi.

"Kenapa pakai bedak banyak sangat ni, sayang?" Saya melemparkan pertanyaan. Hairan dengan tingkahnya malam ini. Berbedak hingga sampai ke baju dan seluar. Putih bertompok sana sini.

"Kak Long nak putih macam Kak Ngah," Kak Long menjawab sambil mula menunjukkan muka masam. Belas pula saya melihatnya.

Baru saya teringat kata-kata Kak Imah yang berkunjung ke rumah siang tadi. Rupa-rupanya Kak Long terdengar perbualan kami.

"Husna lain sikit kulitnya dari Najwa ye, Ina." Kak Imah berkata memandang ke arah anak-anak yang sedang leka bermain di halaman rumah.

"Seorang ikut ayah, seorang ikut Umminya," saya menjawab dengan senyum kelat. Bimbang Kak Long mendengar. Pasti dia terasa hati nanti. Sensitif sungguh dia bila orang menyebut warna kulitnya.




Warna Kulit

Betapa dunia hari ini, seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih, semakin banyak mata yang menoleh. Ironinya, di luar negara khususnya di United Kingdom (UK) ini, ramai wanita terutama golongan remaja kulit putih yang baru menginjak dewasa berfikiran sebaliknya. Bagi mereka, berkulit gelap dan hitam lebih seksi dan memikat hati. Justeru mereka berlumba-lumba melakukan rawatan wajah dan seluruh tubuh yang dinamakan sunbed untuk menukar warna kulit dari putih ke warna coklat dan agak gelap. Dilaporkan, lebih dari 25% remaja dan golongan muda di UK menunjukkan gejala obses terhadap rawatan berisiko ini.

Saya pernah menonton satu rancangan bual bicara, Trisha Goddard Show yang banyak mengketengahkan masalah masyarakat termasuk remaja yang terlalu obses dengan kecantikan diri. Remaja jemputannya pada rancangan tersebut membelanjakan hampir GBP2000 sebulan hanya untuk rawatan kulit dan tubuh badan. Jumlah ini termasuk kos melakukan rawatan sunbed di atas. Baginya, rawatan tersebut menjadikannya kelihatan lebih menarik, lebih sihat dan seterusnya akan mendapat ketenangan diri.

Saya bimbang dan kasihan melihat wanita-wanita yang terlalu mementingkan kecantikan rupa seperti ini. Bimbang kerana jika mereka seorang selebriti, pengaruh yang dibawa bukan sedikit impaknya. Ramai wanita kini menjadikan artis dan selebriti sebagai idola dalam menentukan gaya dan penampilan mereka. Kasihan, lantaran kecantikan yang mereka tonjolkan adalah cantik palsu yang hanya membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit' ingin sentiasa cantik ini, apa yang telah dimiliki bagaikan tidak mencukupi dan ada sahaja yang tidak kena dengan kemahuan jiwa. Mereka kurang yakin dengan penampilan biasa-biasa. Oleh kerana itu, ramai di kalangan mereka berlumba-lumba melakukan rawatan mencantikkan tubuh dan rupa. Cuma bezanya, yang putih ingin lebih gelap dan gelap pula mengimpikan kulit putih menawan. Cetusan keinginan yang sama walau berlainan warna dan rupa.

Mensyukuri Kesempurnaan

" Eee..tengok muka orang tu Ummi, sebelah mukanya tak ada," Kak Ngah tiba-tiba menjerit. Mungkin terkejut dengan gambar yang dilihatnya di kaca televisyen. Saya dan suami saling berbalas pandang. Kak Long yang asyik menggunakan komputer juga menerpa ke ruang depan mendengar jeritan Kak Ngah.

Ketika itu kami sedang menonton rancangan bercorak dokumentari, The Extraordinary People yang memaparkan wajah dan rupa tubuh manusia yang luar biasa dari yang biasa wujud di dunia ini. Dan kali ini, wajah lelaki di hadapan kami rongak sebelah dengan mata kanan yang lebih kecil, tanpa hidung dan mulut yang rebeh sebahagian besarnya. Wajahnya memang cukup menggerunkan bagi anak kecil yang melihat. Lelaki itu berasal dari kawasan pedalaman negara China. Kedudukan kampung halamannya yang jauh terpencil menyebabkan dia hidup beberapa tahun dengan wajah yang rosak teruk selepas diserang seekor beruang hutan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital di tengah kota raya untuk menerima rawatan membaik pulih wajah dengan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital. Saya, suami dan anak-anak melihat dengan rasa penuh keinsafan.

"Sebab itu kita yang ada wajah yang sempurna ini perlu selalu bersyukur. Allah mencipta manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Semua sama sahaja. Ada mata, hidung, mulut, telinga dan anggota lainnya. Jadi kena selalu ucap Alhamdulillah, " kata suami saya menasihatkan anak-anak sebaik selesai menonton.

"Tak boleh banyak komen tentang warna kulit lagi," saya mencelah dengan nada bergurau. Mata saya memandang Kak Long yang hanya tersengih malu.

"Kulit Kak Long putih juga sebab Kak Long ikut Ummi. Cuba Kak Long tengok, samakan?" Saya menambah lalu memegang tangannya di atas tangan saya. Kami berdua memang memiliki warna kulit yang sama. Bibir Kak Long mula mengorak senyum biasa.

"Tapi kulit Kak Ngah, Khalil, Solehah dan ayah lebih putih dari kita," bidas Kak Long masih belum puas hati.

"Putih lebih sikit je. Tapi muka Kak Long muka ayah, tahu tak. Kak Ngah pula lebih hampir dengan muka Ummi. Itu tandanya baik Kak Long mahu pun Kak Ngah, kedua-duanya anak-anak Ummi dan ayah yang tiada bezanya," kata saya lagi sambil menjeling manja kepada suami. Kak Long dan Kak Ngah ketawa kecil mendengar celoteh Ummi mereka.



Mengubah Ciptaan

Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia. Bagi wanita yang dihinggapi ‘penyakit hati' seumpama ini, merasakan kulit yang mulus, masih belum mampu membahagiakan kerana warnanya yang tidak seputih salju. Lalu ribuan ringgit dibelanjakan. Berbagai rawatan kecantikan dicuba tanpa mengira halal dan haram menurut syari'at agama. Semua itu dilakukan hanya untuk mencapai impian memiliki warna kulit idaman hati agar lebih menawan pada pandangan manusia lainnya. Seolah-olah kejadian Allah menjadikan warna kulit yang gelap tidak tepat dan sangat hodoh pada pandangan mata.

Soal mengubah warna kulit bukan soal ranting yang boleh dikesampingkan dari diperkatakan oleh golongan agamawan. Ini kerana ia melibatkan persoalan akidah, lantaran kejahilan diri. Allah SWT menghebahkan tipu daya syaitan menerusi kalam-Nya yang bermaksud:

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan, ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-hamba- Mu, bahagian yang sudah ditentukan (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak) lalu mereka benar-benar memotong telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya.' Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata." (Surah an-Nisa': ayat 117 - 119)

Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa Islam mengharuskan rawatan ke atas penyakit yang tidak boleh sembuh dengan sendirinya seperti menggunakan ubat-ubatan untuk membuang jeragat atau jerawat yang merosakkan kulit wajah dan seumpamanya dan bukan dengan membuat pembedahan plastik atau memakai bahan kimia untuk menukar warna kulit.

Bersyukur Apa yang Ada

Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba kepada Tuhan yang Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: ayat 7)

Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya Dia telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan Dia (Allah) telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)." (Surah Ibrahim: ayat 34)



Monday, June 8, 2009

Hobi Umar..

Ini lah kerja Umar setiap kali masuk bilik ni..abah dia dok sepah2 speker dah rosak ngan box apa tah..nampak dia cucuk2 tu...kusyuk jer nampaknyer..Umar..umar ..dah besar dah anak ibu..

Jualan...

(SOLD)

(SOLD)

(SOLD)

(SOLD)

(SOLD)

(SOLD)

Harga : RM160.00 (termasuk kos pos)
Hai kawan2..sesaje je nak try2 jual online untuk kawan2 yg sambil2 jengok2 kat sini.
Kain2 ni terhad sangat sebab hanya yang terpillih dengan harga yg reasonable.Tahan lama kain ni..lama2 pakai walaupun basuh masuk mesin pun alhamdulillah..Kaler dia tetap maintain kecuali kalau u all basuh sental pakai berus dawai kot...hehehe..buat lawak sikit..kelako ker?..tak kan?..ok ok ..sesiapa yg berminat, sila la ym atau e-mail saya at Juliana_aaas77@yahoo.com. Harga sebenar beli kat tempat dia lebih dari harga ni..sejuk je kain ni..apa kata kawan2 standby untuk Hari Raya nanti..

Friday, June 5, 2009

5 perkara penting dlm hidup.....

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita berusaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya, hanya 50 minit setiap hari.


sabda nabi saw,


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa

yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
berman
afaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

WHY MUSLIM EAT ONLY HALAL FOOD????

Satu penjelasan saintifik yang menarik..

Taman2Syurga E-group

Click to join Taman2Syurga

Thursday, June 4, 2009

Persoalan.. about our husband



Happy Relationship Do’s And Dont’s




1. Sincerely accept him as my husband right from the start.
-DO. Namanya dah jadi suami maka kita bukan kawen sama kebaikannya aja tapi dengan keburukannya juga. Selepas je akad berlangsung, maka telah sah2 jadik bini orang, maka wajiblah pula bagi isteri untuk terima suaminya di saat itu jugak. Jangan tunggu 3,4,5 ari baru nak terima dia dengan ikhlas.

2. Put him as priority, even before the kids. Because he stands at the highest rank in ‘the people I shall obey to’.
-DO. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” — Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

3. Encourage him to respect and take care of his mother, even if the MIL is very the cerewet.
-DO. Tu mak dia, mana boleh ajar mana2 anak sekalipun untuk tidak menghormati mak ayah dia. Bila suami kita hormat mak ayah dia, anak2 kita akan memerhati dan mereka akan turut menghormati kita nantinya.

4. Avoid communication breakdown, always talk and discuss about everything. And if I can’t, just send an SMS, email or letter.
-DO. Takyah kawin lah kot kalau tamau sembang, tamau jadi kawan gossip, tamau jadi tempat mengadu. Kan? Skang ni plak zaman semua benda dihujung jari...picit je lah apa yang ada. Takde idea?? Google lah idea sampai jumpa...hihi

5. Pray for him everytime I perform solat so that he can get the happiness and succeed in everything he ventures.
-DO. Kalau suami susah kita pun susah wooo...

6. Ask for his attention because I am his wife. He should prioritize me more than everything.
-DONT. Lelaki perlu banyak benda nak fikir. Serius...dia akan jemu kalau asyik dipaksa mengadap bini dia aja. Minta sekali sekala tak apa, itupun kalau dia sedang lupa kepada prioriti kita.

7. His mother has no right on him after he has his own family. His mother should stay away from his life and let him be with me and the kids.
-DONT. Takleh la mcm tu...tak rela weih nanti kalau Usamah dengan Uwaiys buat gini pada umi. Sob sob

8. Protect his dignity and don’t tell others about his bad and his weakness. Unless if he’s doing something not right.
- DO. If he's doing something not rite, u must be the 1st person to correct him back.

9. Always cook his favourite food and even if I don’t like it, I will still smiling and eat together.
-DO. Especially when he ask for it. But for me, we eat everything together.

10. Cool him down if he is under stress of anger by saying nice words, not membebel.
-DO. Do backing ur husband when he is under stress, this will push up his mood again but dont forget to counterback whatever u think he is wrong.

11. Say sorry even if we’re not doing anything wrong to avoid argument.
-DONT. Ini adalah in my case la ek. Lagi mintak maaf lagi berat jadi. Suami ku itu bersedia untuk memaafkan (rasanya). So, yang ni kalau secara umumnya adalah maybe DO n maybe DONT

12. Ask for ‘kesamarataan’ in husband and wife. I deserve to live as what I want to.
-DONNO. Hihi I've never ask for 'kesamarataan' because most of the time I feel like I dont have the rightful to be 'samarata' with my dear suami. Maybe, because of this my husband act to 'samaratakan' hidup kitorang. Senang ceritanya, I respect U dan U balas dengan respect me back.

13. House chores is not my job, it’s him. So he has to do his job or get a maid.
-DONT. It is kerjasama wonderpet. Ha ha...the job is not mine but it is not urs also, but it is ours.

14. He has no right to check my handphone because it is my privacy.
-DONT. Tak kisah maa...cek la. Sebab kita pun suka cek enpon dia...ke ke

15. I have my own life and I don’t need to ask his permission if I want to do anything.
-DONT. Alangkan nak puasa pun kene minta izin weih. Dont act as if U dont have laki. In marriage, mana ada istilah own life lagi, ia adalah our life.

16. He has to choose between his mother family or me. If he loves me, then he should choose me.
-DONT. Keluargaku, keluargamu jua. Gitulah lebih kurang. Manusia sentiasa ada kekurangannya.

17. I would do all the chores and manage the kids, even if I am working and exhausted after a long day.
- DONT. Kalau suami tak buat, buatlah sampai dia buat gak keje. Mcm mana nak suruh dia buat? Gunalah mcm2 cara dan please give more attention to the way that most effective.

18. Be transparent and do not keep secret to each other.
-DO. So U guys, dont ask me to keep secret to my suami unless it is seriously secret.

19. I have to respect his privacy because a man always needs space for himself.
-DO. Kepala dia akan semak kalau tak abis2 dengan kita aje. Sementara dia gunakan his time of privacy, get urself privacy XTVT also.

20. Sexual intercourse is not important, as long as we show love toward each other.
-DONNO also n no komen. Kikiki...

21. Focusing on how to be a good wife and mother rather than asking/hoping him to be a good husband and father.
-DO. U can just hope ur husband to be so but dont ask them sbb men got their level of egoism. Biarkan aje..yang penting kita buat keje kite sbb bila kita tak buat itu adalah lebih menyerabutkan dari asyik dok mengharap dia buat, tapi dia tak buat2 jugak.

22. Being a wife needs lots of patience because not all men can understand women.
-DO. Hoho...perkara sabar ni, kalau korunk mak2 perasan korunk takkan khatam bab sabar ni. Diorang bukan tak understand but it just that they understand us with the way that we donno.

23. Support him in everything, his ups and downs.
-DO. Mestilah bro, jika dia tgh up, then it is ur up jugak. So takkan time dia down U still nak up sorang2 lagi beb...

24. I should ask him for nice presents for my birthday, if only he loves me.
-DONT. I've never expect any present from my husband. Takut nnt tak dapat jekk...kih kih...so better expect for nothing lah.

25. Love him unconditionally.
-DO.

26. Put some tolerance in everything because not all marriage last.
-DONNO

27. Say I love you everyday.
-DONNO. Need ka say I Lap U everyday?? I'm worry that my husband meremang bulu tengkok tiap kali I say so. Maybe u kan express ur love by SMS, cooking, touching, ironing his cloth, picit his kaki, jamu dia air n so on.

28. Always think about how to make him happy, even if he doesn’t always make me happy.
-DO. Sebelum he find anybody else to make him happy...ke ke

29. He should give me some money so that I can enjoy myself.
-DONT. Kalau dia nak bagi, dia akan bagi. Saya dah biasa mcm tu.

30. Ask someone else to cook (bibik or chef kedai) so that we can spend time alone together.
-DONT. Takleh sentiasa mcmni sbb perut dia bukan lapar nasi kedai esp kalau dia dah lapar dan harap kat umah ada makanan. Kalau bab maid, adei byk history lah yang suami senang2 cari lain sbb boring maid layan. Mcm mana ek?


OKeh, skang saya mau bgtau, kalau ada yg baca apa yg saya tulis terlampau menyerah, atau terlampau pasrah, atau terlampau apa2 aje aa.. but for me, it is a matter what u give, u get back. Pun dikebanyakan masa saya terkehel jugak dalam melayan suami ku yang penyabar itu. Ada masa boleh lah mengamak tapi pilih2 aaa...

Renungan

Mutiara Kata

Pilih lah pemimpin yang takut dengan Allah

Yang minta di bantu menegak kebenaran,

Dan minta di tegur kalau ia bersalah.

Ia tidak menyebut jasanya,

Dan tidak banyak membuat janji janji manis.

Berani waktu berkuasa,

Bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi,

Keberanian yang hakiki ialah berani menegakkan kebenaran.

Dalam majlis muzakarah,

Kalau ada orang yang tidak ikhlas,

Akan terjadi majlis mujadalah dan berbalah.

Janganlah bermesyuarat dengan orang orang ini,

Kerana tidak akan dapat natijah yang baik:

Orang yang sedang sakit

Orang yang sedang marah

Orang yang sedang lapar

Orang yang mengantuk

Orang yang susah hati

Orang yang bodoh

Orang yang sedang mabuk cinta.

Tuesday, June 2, 2009

Perjalanan Ke Johor Bahru..


Dalam perjalanan ke Skudai, Taman Tun Ungku Aminah.

Pagi tu Luqman bad mood. Dia sorg jer yg dah siap mandi pakai baju..Lepas abg siap jer adik pun nak gi bilik mandi jugak..terus siapkan Umar sekali..tu antara nak ngamuk dengan tak jer tu..


Umar datang pujuk.."Abang..kenapa ni??..itu lah Umar cakap kot.

Perkahwinan Sedara & Sepupu










Ni gambar perkahwinan pangkat makcik ngan hubby.
Kira anak nenek sedar la kat Taman Perling ahad lepas.










Yang ni pulak perkahwinan sepupu Jue, anak mak lang
Berlangsung kat Port Klang.










Sepupu jugak, anak mak ngah..
Berlansung di Teluk Pulai,Klang
Suami sepupu ni anak sedara Erma Fatima..
Daisypath Anniversary tickers