Friday, June 29, 2012

Tajuk Bebas...Drama tontonan

Assalamualaikum... Sidang jumaat yang mulia sekalian.. ada banyak info dan luahan rasa nak dikongsi..walaupun sedar blog ni xde sape yg nak baca..untuk tatapan diri sendiri udohlah.boring2 baca balik entry2 lelama..bila baca balik macam banyak yg nak kena improve n ada yg tahap x sedar diri je pembawakannya..hahaha... Kali ni nak cerita tentang drama2 kat tv3 sekrg ni..yang terbaru "Seindah Sakura" memang x miss dari awal episod..anak2 aku pun suka tgk,bukan apa..lagu tema tu yg dorg nka tengok..jln citer masa Syakira kecik2 dorg sukalah tgk..sebab zaman sekolah.Sambil tu aku ceritala kat dorg susah senang org xde pendapatan,susah nak makan dan sebagainya.Harap anak2 faham.Cerita ni 1st yg aku suka tgk is pengarah dia yg agak baru iaitu pelakon tu juga..Zul Huzaimi.Bagus gak jalan ceritanya,yg aku minat tu Fahrin Ahmad..Fasha Sandha tu minat gak la bila berpasangan dengan Fahrin.Malang yg taklah malang nye Fasha dah kawin pun...cer kawin dengan Fahrin,Inyaallah boleh jadi wanita solehah.(pepandaije aku, macamla kenal sgt si Fahrin tu).
Moral story ni byk..teladan dan semangat untuk berjaya, paling penting kesabaran banyak diterapkan dalam drama ni.Mana yg boleh dicontohi,yg tidak diletak ketepi. Paling geram tengok watak Anida.
;Masa ni la yg aku rasa nak tonyoh je si Anida ni..dialah penyebab kematian onyang Kira...kenapala zul huzaimy x buat scene lepas kira dpt tau Anida ni yg penyebab , report polis je..biar dia masuk jail..haaa...(emosi plak) Kira2nya si Wan Sharmila ni dah berjaya membawa watak antagonis yg memang sepadan dengan jiwa dia kot..hehehe..pepandai aku lagi..sebab dia pun biasa bawak watak antagonis..sebelum ni dalam Nora Elena sebagai vyonne.lagi aku nyampahss tahap hampas.. Ending cerita ni happy ending and aku betul2 puas tengok drama ni,walaupun banyak gangguan nak mendengar butir percakapan pelakon2 ni sebab pelakon2 dalam rumah ni lagi handal(anak2ku) Namun,watak oyang Syakira iaitu Ruminah Sidek harus diberi pujian walaupun patah dialog yg diucapkan kekadang x berapa clear..anak2 lagi la x faham...sleng jawa pekat kat makcik Ruminah kita ni..
tapikan mancik...carilah lakonan yg xperlukan makcik bukak selendang or tudung tu..sekadar nasihat..kesian tgk makcik dalam drama tu.. Next Drama...
to be continued...

Tuesday, June 26, 2012

Catatan Suri III

Assaamualaikum... Hari ni menulis untuk semalam dan semalamnya lagi...haha.. macam ada masa terluang yang sebenarnya x berapa banyak masa pun nak mencoretkan perasaan kat sini..tadi pun hujan sekejap..lepas solat rasa mata nak lelap..x sedar terlelap dengan telekung2 kauu...alhmdulillah..dptla lena dalam 10 ke 20 minit.bangun rasa kelabu asap gak mata ni tetiba umar kejutkan nak suruh buatkan susu...sekejap sangat dapat peluang lelapkan mata barang sejam dua...x ape lah...demi anak2 korbankan la masa tidur ku ini.. berikut adalah gambar lama anak2..semasa thalhah berusia 11 bulan.. semalam.. cuak juga bila kereta tetiba tak leh strt nak menghantar anak2 ke sekolah..rupanya masalah bateri..adoii.apa lagi call lah abah mintk tlg dtg hantarkan. Mujurlah mak abah duduk berdekatan boleh la mintak tolong..kebetulan pagi tu jiran sebelah balik dari menghantar anak dorg ke sekolah...dorg pun tolong2lah jumperkan kete sementara aku gi workshop beli bateri...kan senang pakai bateri double AA...murah dah senang ..hahaha...gilos...gilos... pepagi yg hening dan tokey2 workshop kebanyakkannya belum bukak kedai..aku meround sekeliling taman dan sempat mencucuk $ yg disedekahkan daripada my lovely husband merangkap chairman bank negara ku untuk membeli bateri..syukurlah lengang skit auto teller tu...takut gak sebab keta xleh nak offkn engine ..kang jenuh saper nak tolong jumperkan lak...dengn twakklnya segara berlari menuju autoteller dan dengan pantas menekan papan kekunci dan mengeluarkan sekadr mana yg mencukupi sambil kejap2 menoleh ke kereta ...takut2 sesuatu tak diingini terjdi.. selesai memasng bateri kete yg agak mahal itu..maklumla bateri kering..mudah nak jaga..dengan keadaan aku yg seorang ni..payah skit mana nak jaga kete..anak2..dll lagi..ada lebih baik beli bateri kering je la..alhamdulillah selesai dan kembali dengan rutin di rumah ...sampai masa ambil huzaifah kat taska..ada masa mood baik..ada masa asik nak nyinggah kedai je..ada je nak dibeli..hari2 beli mau botak kepala abah ko.. setelah itu menuju ke rumah mak la amik anak2 yg aku tumpangkan pagi tadi ...bengong dah kepala aku ..keletihan ya amat...dah la malam tu x dpt tido..standard la anak yg no.2 aku tu asik la berjaga jaga..hidung sumbat la..nak kencing la..setiap hari pgi pkl 3...mungkin tu petanda supaya aku boleh bgn terus dan mengerjakan solat istkharah ke solat sunat yg lain..ya Allah...x kuat nye iman aku ni kekadang dengan jayanya boleh bangun dan bersolat..kekadang berat sungguh mata... YA ALLAH..KAU KUATKANLAH IMANKU..BERIKANLA AKU KEKUATAN..AMIN Makan tengahri pun hanya masak nasi...bukan apa, lauk semalam abah aku tapaukan dari masjid ada buat tahlil punyala banyak..daging masak kari,sayur campur cendawan,udang masak merah,..panaskn dan telan je la..anak2 suka lak tu..alhamdulillah lauknya masih elok mungkin dimasak lama dan dijaga tahap kebersihannya...syukur.x delah membazir.. dah tu teringat nak corat coret kat sini..apakan day terlayan lak masterchef kat astro ria yg selalunya tertingga je dek kerana x nak melekakan diri kat depan tv bila anak2 dalam minggu persekolahan..berkorban lagi ... begitula rutin sehari hari...begitu begini dah masuk minggu baru..dah nak bulan Ramadhan yg mulia...yahuuuu...seronok sebb thun ni insyaallah dapat bertarawikh bersama keluarga di surau dan menetap di rumh mak...dpt berbuka bersama... Catatan selesai...semalam semalam lagi ...hmmm... \ \ \ \ \ \ lupa sudah...
Daisypath Anniversary tickers