Saturday, December 26, 2009




Minggu lepas juga berkesempatan jumpa member lama kat JJ Bukit Tinggi.Kebetulan yam dari Sarawak cuti panjang kat semenanjung ni..maklumla cikgu..syoklah tengah school holiday ni..Ct & Shaz pun ada sama..lama jugak x jumpa shaz..Ct pun last jumpa masa Raya lepas. Walaupun keadaan x mengizinkan sgt..biasalah badan sengal2 buat masa ni aku gagahkan jugak untuk join. Anak2 tentulah seronok apa lagi dpt lari2 sana sini..letih jugak nak control tapi tak perla asalkan dorg gumbira..




24hb lepas besday Luqman genap 5 tahun.Tak der special pun untuk Luqman...kebizian yg amat dan banyak pulak halangan dari segi kesihatan membuatkan kami hanya sediakan Luqman kek jer..cian Luqman..Insyaallah,Luqman 6 tahun nanti ibu buatkan besday party untuk Luqman boleh panggil kawan2 sekali.Dalam usia Luqman sekarg..pandai dah menjemput org dtg rumah..jiran sebelah rumah pun di jemput suh dtg malam 24hb tu..siap war2kan hari ni besday dia..huhu..malam tu makcik2 & pakcik dari kampung call wish besday kat Luqman..kemain story lagi dia macam biasalah jemput dtg rumah rasa kek dia..pastu jangan lupa bawak hadiah..mak uda hari ni dtg bawak hadiah untuk Luqman..set buku & alat tulis Ben 10 lah apa lagi...suka lah Luqman.at least something yg dia tunggu2 dari semalam sebab mak uda janji nak dtg malam tu..dia tunggu2 tak dtg sampai nangis2 dia..ibu jadi tension dengar Luqman nangis lebih2 lagi kebelakangan ni asik pening2 kepala & kaki pun tak berapa kuat nak berdiri lama2..hari2 kena urut dengan minyak panas..aduhhai..harap2 tak berlarutan nak nyer..

Sunday, December 20, 2009

Hari cuti yang memenatkan...

Musim cuti ni ramailah kawan2 & saudara mara yang ambil kesempatan untuk mengadakan majlis2 tertentu..jumaat lepas cuti awal muharram..apakah penghijrahan yg dpt anda semua lakukan?atau masih di takuk yang lama?renung2kanlah bersama yer..

Sabtu lepas sempatlah berjumpa dengan member lama masa sekolah menengah dulu..walaupun sekejap tapi seronok.Tunggu Mr.Nizam balik keje jap..cuti2 pun ada keje daaa..
belum pun penat Mr.Nizam hilang, kitaorg dah siap2 nak pi Jusco Bukit Tinggi rancang nak beli brg bb sikit2, sebab nak melayan kerenah my heroes x dpt lah beli apa2.lepas makan jer kat food court jumpa member jap terus balik..harap2 dpt jumpa lagi la yer kawn2..

Monday, December 14, 2009

Kenduri Kahwin sesaje...


Majlis Kahwin sepupu (anak MakLang)kat Serting hari tu sebelum singgah bawak kids kat Ulu Bendol mandi manda..tu lah pengantin nyer..saje je ambik sipi ..
Memula ambik gambar adik beradik mak jer ..lepas tu ramaila yg lain serbu..
Amacam penuh tak frame?..keluarga beso lah katakan..

Makin lama makin penuh frame haa..sonok betul ambik gambo...hehe..
Makcik ngan pakcik aku ni sempat nyanyi karaoke lepas tetamu sumer balik...wah wah makcik aku ni sore boleh tahan..Pakcik aku sorg tu lak memang suka nyanyi .Sore dia pun boleh tahan..







Akhirnya dapat jugak bawak kids singgah walaupun kejap kat Ulu Bendol. On the way balik dari Kenduri Kahwin Mak Lang kat Serting. Walau sekejap my kids sonok sgt nampaknya..
tak sonoknya masa ni En.Nizam tak der sebab ada keje kat Bukit Tinggi ..nasib baik ada atok ngan Mak Siti nyer tolong tengok2 kan..Kalau tak bawak bb dlm perut ni lama dah aku join sekali..hehe..













Luqman dengan pangkat Pakcik dengan makcik dia (anak makcik) seronok jer main air..
Umar walaupun dah gigil2 sonok sampai tak nak naik. On the way balik tu pulak Umar tiba2 termuntah dalam kereta lepas minum susu..agaknya sebab tadi kesejukan ...minum susu lak ..habis sumer benda dia makan + minum kuar balik..Dah nak sampai pun Umar muntah2 lagi..muntah susu jer..masuk angin agaknya..balik bagi dia ubat..minum air suam jer..sebab dia tak nak makan...sapu2 minyak kat perut dia terus tertido....Esoknya bangun pagi tengok ok jer dia..Alhamdulillah..









Jalan2 ambil angin..












Sabtu lepas2,5/12 kami pergi berkunjung ke rumah kenduri kahwin saudara, balik tu singgah ke Pantai Batu Laut. Luqman dah lama suh bawah pergi tengok air..plan nak mandi manda tapi petang tu air tengah surut..so..kitaorg turun kejap ambil2 angin jer la..Luqman bebel kat dlm kete sampai tertido...cian dia..





Akhirnya dapat jugak rasa coklat yg di idamkan ni..buatan member kepada member abg yg keje kat Lembaga Koko Malaysia. Rasanya enak sekali..en.Nizam pun suka..en.Nizam ngidam jugak yer?

RAHSIA IBLIS

http://bit.ly/taman2syurga

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."



Sunday, December 6, 2009

Easy vs Difficult

EASY

DIFFICULT

Easy to judge the mistakes of others

Difficult to recognize our own mistakes

Easy to talk without thinking

Difficult to refrain the tongue

Easy to hurt someone who loves us.

Difficult to heal the wound...

Easy to forgive others

Difficult to ask for forgiveness

Easy to set rules.

Difficult to follow them...

Easy to dream every night.

Difficult to fight for a dream...

Easy to show victory.

Difficult to assume defeat with dignity...

Easy to admire a full moon.

Difficult to see the other side...

Easy to stumble with a stone.

Difficult to get up...

Easy to enjoy life every day.

Difficult to give its real value...

Easy to promise something to someone.

Difficult to fulfill that promise...

Easy to say we love.

Difficult to show it every day...

Easy to criticize others.

Difficult to improve oneself...

Easy to make mistakes.

Difficult to learn from them...

Easy to weep for a lost love.

Difficult to take care of it so not to lose it.

Easy to think about improving.

Difficult to stop thinking it and put it into action...

Easy to think bad of others

Difficult to give them the benefit of the doubt...

Easy to receive

Difficult to give

Easy to read this

Difficult to follow

Easy keep the friendship with words

Difficult to keep it with meanings

Apa Nak Jadi...??

Apa nak jadi dengan orang Melayu kita??

Anda tentu sudah membaca pelbagai cerita jaya anak-anak Melayu kita dalam pelbagai bidang kehidupan – dari pendidikan kepada kerjaya, perniagaan dan bermacam-macam lagi.

Sebagai anak Melayu di bumi Singapura, kita tentu berbangga dengan kejayaan anak bangsa kita itu. Kadangkala kita sampai mendabik dada dan berkata inilah tanda Melayu Baru.

Tetapi, apa pula sikap kita apabila berdepan dengan kisah-kisah yang menunjukkan kebobrokan masyarakat kita? Apakah kita cenderung untuk menutup sebelah mata atau sembunyikan saja segala kepincangan itu, seolah-olah tiada yang buruk berlaku dalam masyarakat kita?

Perlu Bersikap Bijaksana

Bagi saya, kita perlu bersikap bijaksama. Dalam kita meraikan kejayaan masyarakat kita dalam kehidupan moden sekarang ini, kita juga tidak harus membutakan mata dalam menghadapi kepincangan-kepincangan dalam masyarakat kita.

Saban masa, kita berdepan dengan kisah-kisah buruk yang melibatkan masyarakat kita sendiri.

Dari kisah pasangan berbelanja ribuan dolar untuk majlis perkahwinan tetapi bercerai-berai dalam masa setahun dua sahaja, membawa kepada kisah anak-anak yang jadi mangsa perceraian, keluarga yang kehilangan tempat tinggal gara-gara kesilapan sendiri dalam menguruskan kewangan mereka lalu mencari tempat berteduh di tepi-tepi pantai, pergelutan berterus-terusan dengan masalah penagihan dadah dan banyak lagi.

Sejak kebelakangan ini pula, kita membaca di dada-dada akhbar tentang pelibatan anak-anak Melayu kita dalam pelbagai kes jenayah, ada yang begitu kejam sampai melewati batas kemanusiaan.

Mayat Reput

Beberapa hari lalu saja misalnya, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Muhammad Nor Rashidy Rahmat, yang mayatnya ditemui dalam keadaan reput dalam sebuah troli di tebing Sungai Kallang selepas hilang seminggu lamanya.

Yang menyedihkan, seorang lelaki yang disyaki membunuh kanak-kanak malang itu seorang lelaki Melayu juga yang merupakan kenalan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke mahkamah dan sama-sama kita menantikan perbicaraannya. Jika dibaca lebih mendalam lagi, kita dapati keluarga kanak-kanak itu juga boleh dikatakan berantakan dan dicengkam masalah penagihan dadah.

Minggu ini juga, kita dikejutkan degan perbicaraan kes mahkamah yang melibatkan sekumpulan anak muda Melayu bersama beberapa rakan bukan Melayu mereka yang dituduh merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 17 tahun dalam rumah salah seorang remaja lelaki tersebut.

Wanita malang itu dikatakan menjadi mangsa selepas mabuk akibat terlalu banyak minum minuman keras yang dibeli lelaki-lelaki tertuduh tersebut.

Kesnya sedang berjalan di mahkamah dan tidaklah wajah membincangkannya secara lanjut sehingga hakim membuat keputusannya.

Cuma apa yang ingin saya timbulkan ialah keberanian anak-anak muda melakukan jenayah seburuk itu di rumah ketika ibu bapa mereka tiada dan sikap mereka yang minum arak bagaikan minum Coca Cola sahaja gayanya.

Sebelum ini, kita sudah pun didedahkan dengan kes penderaan kanak-kanak sampai mati melibatkan bapa atau ibu bapa Melayu.

Apa perasaan anda apabila membaca laporan-laporan sedemikian? Tidakkah hati anda terguris.

Tidakkah anda tertanya-tanya di dalam hati: Apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang beragama Islam ini?

Bagaimanakah sebuah masyarakat yang dahulunya terkenal dengan prinsip biar mati anak, jangan mati adat dan menjunjung nilai-nilai keperibadian Melayu yang tinggi kini bergelumang dengan masalah-masalah jenayah kejam dan sikap negatif yang menghambat kemajuan?

Orang Melayu dahulu terkenal dengan budi bahasa yang dijunjung tinggi, adat resam dan tatasusila. Tetapi, mengapa kini kita dikenali pula sebagai masyarakat yang bergelumang dengan pelbagai masalah sosial dan gagal mengendalikan rumah tangga hingga akhirnya terpaksa berkhemah di tepi pantai selepas hilang tempat berteduh?

Melihat kepada perkembangan akhir-akhir ini, semakin ramai anggota masyarakat kita, terutama golongan anak muda, yang bagaikan tidak terkawal lagi.

Rambut hitam jadi perang, tatu ditubuh jadi lambang kemegahan dan bercumbuan di khalayak ramai sudah menjadi perkara biasa.

Kesemua itu sampai menimbulkan sindiran sinis sesetengah orang: Apakah ini yang menjadi ciri kebanggaan Melayu Baru?

Salah Siapa?

Mengapa wujudnya semua ini? Salah Siapa?

Salah pemerintah, pemimpin Melayu ataupun salah diri kita sendiri kerana lalai dengan kehidupan harian?

Sepanjang kerjaya saya selama lebih 27 tahun, saya telah menyaksikan pelbagai usaha pemimpin politik dan masyarakat kita untuk mengatasi kepincangan masyarakat Melayu dan mempersiap mereka menghadapi kehidupan yang penuh persaingan demi penakatan mereka dalam Singapura ini.

Daripada badan-badan seperti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, membawa kepada Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan kini Forum Kepimpinan Masyarakat (CLF) yang menggembleng tenaga pemimpin politik dan masyarakat, saya telah melihat dan merasai pelbagai kemajuan dalam masyarakat hasil usaha tersebut.

Cuma masalahnya, di sebalik usaha itu, masih terdapat jurang di antara golongan berjaya dengan golongan tidak berjaya dalam masyarakat kita.

Sedang golongan yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi terus mendaki tangga kejayaan, golongan bawahan pula terus dilanda kesusahan.

Golongan Terpinggir

Jika dibiarkan berterusan, mereka akan menjadi golongan terpinggir dalam masyarakat. Inikah yang kita mahukan? Saya pasti, tiada seorang pemimpin pun yang mahukan keadaan sedemikian.

Namun hakikatnya, terdapat batas-batas tertentu dalam apa yang b0leh sahaja mengusahakan pelbagai program dan mendapatkan kerjasama pemerintah untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Namun, keputusan akhirnya masih terletak kepada individu sendiri. Jika kita, sebagai ketua keluarga gagal menyemai nilai-nilai positif yang cintakan ilmu dan usaha dalam jiwa anak-anak, maka susahlah untuk kita maju.

Kalau kita sebagai ibu bapa mengambil sikap mudah berserah dan lebih suka membiarkan keluarga kita tinggal melarat di tepi pantai, bagaimana hendak kita majukan anak-anak kita sendiri?

Jika kita lebih cenderung mengamalkan sikap meminta-minta tanpa dibekalkan usaha gigih, bagaimana dapat kita keluar dari lingkaran musibah yang menghantui keluarga kita?

Jika kita sebagai ibu bapa tidak ambil kisah dan ambil peduli perkembangan anak-anak kita, wajarkah kita mengharapkan orang lain untuk melakukannya?

Ayuh, mari kita berlapang dada dan buka minda untuk memikirkannya.


Thursday, December 3, 2009

Renungan ..

r


Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti

diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara
keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa
dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan
perbuatan begini. Dan usalah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia
dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya.

Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah,
hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu.
Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat
merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap
sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri.

Firman ALLAH yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau
mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka
sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.
- Al-Hujurat:12

Wednesday, November 18, 2009

Umar jadi Cikgu

Ngendap dari jauh...
/
/
/
/
/
/
/
Itu dia tengah nyonteng kat dinding..aduhaii..bertambah lagi art work kat dinding tu..kusyuk jer bila dah dekat tersengeh-sengeh..walau dah bagi pensel + kertas + papan putih..tetap jugak nak kerjakan dinding tu. Alamatnya kenalah tukar cat tahun depan.

AL-Kindi Garden Concert & Graduation Day

Entry ni dah lepas..masa penyampaian sijil. Ingatkan Luqman dpt sijil gak..rupanya untuk bebudak 6 tahun jer..manalah kita tau kan..tahun depan la baru nengok Luqman pakai jubah tu..hehe. Pagi2 lagi Luqman dah bangun..aku memang lah dah bangun awal2 ..siapkan sarapan..pagi tu Luqman dengan seleranya menjamu selera bihun goreng ibu..









Luqman dengan classmate nyer..kat sebelah lagi tu kata Luqman namanya Raja..anak polis..selalu buli Luqman..Balik jer citer pasal budak ni..kekadang cerita baik2..kekadang ngadu budak ni buat dia la..kacau dia lah...











Luqman masuk fashion show..pakai baju punjabi..

Monday, November 16, 2009

9 Jenis Pembaziran...

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

Sunday, November 8, 2009

Sambutan Hari Lahir Mak Yg ke 54




Entry ni fresh lagi..baru malam tadi kami meraikan Hari Lahir mak bertempat di Pizza Hut Giant. Tarikh Lahir mak pulak sama dengan adik ipar mak iaitu suami kepada adik pompuan mak yg no.6 ke 7 tak ingat aku sebab sumer ada 12 org.Meriah sungguh..maklumla keluarga kami ni besar.Adik beradik mak dengan sepupu2 jer dah penuh corum. Malam tu pulak tak tau kenapa telinga aku sebelah jadi blur..bukan otak je blur..telinga pun boleh..petang tadi masuk air masa mandi..nengok2..sampai berlarutan bila aku guna ubat titik yg dr.bagi masa aku ada masalah telinga dulu. Tak pe ..sabo jer.nanti boleh gi jumpa dr.mintak2 esok ok dah la telinga aku ni..
Ni bukan citer pasal tinga aku..pasal hari lahir mak....kitaorg boleh la masuk pizza ni tapi anak2 aku tak berapa gemar memakannya..selain dari pizza tu yg lain2 dorg makan. Tak kisahla..janji dapat sama2 meraikan..kat bawah ni ada pic2 yg sempat sepupu aku snap..


Wednesday, November 4, 2009

Citer2 sikit

Hari Ahad lepas tak de buat apa2 dok rumah, mengemas rumah, masak macam2 lagi la...kalau baju tu jangan cakapla..berbakul nak nyidai pastu nak angkat lagi ..lipat..cuaca pulak mendung..sidai kat store room penuh macam kat dalam kedai baju je aku nengok, tu belum lagi nak menggosoknyer..aduhhh..letihh..tak baik bersungut Juliana..Malam tu pulak ajar Luqman kira2..biasala aku kalau ngajar org tak leh kalau tak ada sifat kegeraman dan baran...masyaallah, ini lah yg aku cuba untuk kawal, memang dari dulu aku tak leh nak ajar org..mesti aku nak marah2..nak jerit2..kesian jugak Luqman ..makin lama dia dah faham dengan cara ibu dia ngajar sampai nak nangis pun air mata dia takut nak kuar..tapi dengan cara itu lah Luqman boleh mendengar kata..esok2nya dalam kete on the way hantar Luqman ke sekolah dia mula la tanya kenapa ibu marah Luqman semalam?..sedih jer bunyi soalan tu..then aku tryla explain kat dia this and that..akhirnya dia tunduk faham.

Mr.Nizam pun cakap sebab tu lah aku tak ditakdirkan jadi cikgu ..sebab sifat baran aku yg akan meledak bila ngajo budak..tak pasal2 habis budak2 kena tiaw dengan aku..mak bapak dtg serang aku pulak kat sekolah..tapi tak per..akan diperbaiki benda2 ni sumer..Insyaallah.banyakkan beristigfar yer puan Juliana..hehe

Sepanjang minggu lepas Huzaifah & Umar demam.Dorg kalau demam tak banyak rengek..diam jer..cuma nak kena ada org teman kat sebelah..nak berdokong..tu yg tak larat tu..hendaknya dalam keadaan macam ni.Alhamdulillah dorg dah beransur pulih ..la ni Luqman pulak yg demam semalam.tak sekolah la dia sehari..kat sekolah tu tengah sibuk2 rehearsal untuk concert sebelum cuti sekolah nanti..graduation day is coming..

Hari ni pulak nampak gaya tekak tak sedap jer..walaupun banyak benda aku tingin nak makan.Aku kena tingkatkan tahap kecergasan ni..sebab nanti aku kena jaga diri sendiri dalam pantang next year..doa2 kan la aku sihat yer kawan2..tima kasih..Aku rasa macam tak percayalah aku dah ada anak nak masuk 4 pun..rasa aku ni macam masih kecil lagi..hehe..pasan tahap melampau la tu..dalam umur yg macam ni aku planning jugak dengan Mr.Nizam untuk sama2 mengerjakan haji..Insyaallah bila sumer dah cukup dan Allah mengizinkan kami menyahut seruanNYA..berangkatlah kami ke tanah suci..itu salah satu impian aku.










Sunday, November 1, 2009

Tak Mau Rotan ..Jerit pun Jadilah

For Some Parents, Shouting is the new spanking..


NEW YORK, Oct 23 — Jackie Klein is a devoted mother of two little boys in the suburbs of Portland, Ore. She spends hours ferrying them to soccer and Cub Scouts. She reads child-development books. She can emulate one of those pitch-perfect calm maternal tones to warn, “You’re making bad choices” when, say, someone doesn’t want to brush his teeth.

That is 90 per cent of the time. Then there is the other 10 per cent, when, she admits, “I have become totally frustrated and lost control of myself.”

It can happen during weeks and weeks and weeks of no camp in the summer, or at the end of a long day at home — just as adult peace is within her grasp — when the 7- or 9-year-old won’t go to sleep.

And then she yells.

“This is ridiculous! I’ve been doing things all day for you!”

Many in today’s pregnancy-flaunting, soccer-cheering, organic-snack-proffering generation of parents would never spank their children. We congratulate our toddlers for blowing their nose (“Good job!”), we friend our teenagers (literally and virtually), we spend hours teaching our elementary-school offspring how to understand their feelings. But, incongruously and with regularity, this is a generation that yells.

“I’ve worked with thousands of parents and I can tell you, without question, that screaming is the new spanking,” said Amy McCready, the founder of Positive Parenting Solutions, which teaches parenting skills in classes, individual coaching sessions and an online course.

“This is so the issue right now. As parents understand that it’s not socially acceptable to spank children, they are at a loss for what they can do. They resort to reminding, nagging, timeout, counting 1-2-3 and quickly realise that those strategies don’t work to change behaviour. In the absence of tools that really work, they feel frustrated and angry and raise their voice. They feel guilty afterward, and the whole cycle begins again.”

Amy Wilson, a writer and actress in Manhattan, used to give up shopping for Lent. That was before she had children, now ages 6, 5 and 2. This year she gave up yelling. Or tried to. “It didn’t really work,” she said, “but I definitely yelled less.”

Wilson has written a humorous autobiographical book about parenting, to be published next year, called “When Did I Get Like This?” An entire chapter is devoted to her personal efforts to curtail her yelling.

A one-woman show, “Mother Load,” which she wrote and performed Off Broadway and will take on tour for the second time next year, opens with a yelling scene that draws laughs and includes the line “I have had it with looking for puppy” in a high-decibel lament that rings true to anyone who has searched for a favourite stuffed animal for the seventh time in a day.

Familial screamers have long been a beloved part of American pop culture, from the Costanzas of “Seinfeld” back to the Goldbergs of radio and early television, but they didn’t yell at small children. And though previous generations of parents may have yelled in real life — Dr. Spock called shouting “inevitable from time to time” — this generation of parents seems to be uniquely troubled by their own outbursts.

“My name is Francesca Castagnoli and I am a screamer,” began a post on Motherblogger..net earlier this year. “Admitting I’m a mom that screams, shouts and loses it in front her kids feels like I’m revealing a dark family secret.”

“It’s not kind,” said Klein in Oregon. “When I’m done I feel awful.”

To research their book “Mommy Guilt: Learn to Worry Less, Focus on What Matters Most, and Raise Happier Kids,” the three authors, Devra Renner, Aviva Pflock and Julie Bort, commissioned a survey of 1,300 parents across the country to determine sources of parental guilt. Two-thirds of respondents named yelling — not working or spanking or missing a school event — as their biggest guilt inducer.

“What blew us away about that is that the one thing you really have ultimate control over is the tone of your voice,” said Pflock, a child development specialist.

Parental yelling today may be partly a releasing of stress for multitasking, overachieving adults, parenting experts say.

“Yelling is done when parents feel irritable and anxious,” said Harold S. Koplewicz, the founder of the New York University Child Study Centre. “It can be as simple as ‘I’m overwhelmed, I’m running late for work, I had a fight with my wife, I have a project due — and my son left his homework upstairs.’ “

Numerous studies exist on the effect of corporal punishment on children. A new one came out just last month. Led by a researcher at Duke University’s Centre for Child and Family Policy, the study concluded that spanking children when they are very young (1-year-old) can slow their intellectual development and lead to aggressive behaviour as they grow older. But there is far less data on the more common habit of shouting and screaming in families.

One study that did take a look at the topic — a paper on the “psychological aggression by American parents” published in the Journal of Marriage and Family in 2003 — found that parental yelling was a near-universal occurrence. Of 991 families interviewed, in 88 per cent of them a parent acknowledged shouting, screaming or yelling at the kids at least once (though it didn’t specify how many did it more often) in the previous year.

“We are so accustomed to this that we just think parents get carried away and that it’s not harmful,” said one of the study’s lead authors, Murray A. Straus, a sociologist who is a director of the Family Research Laboratory at the University of New Hampshire. “But it affects a child. If someone yelled at you at work, you’d find that pretty jarring. We don’t apply that standard to children.”Psychologists and psychiatrists generally say yelling should be avoided. It’s at best ineffective (the more you do it the more the child tunes it out) and at worse damaging to a child’s sense of well-being and self-esteem.

“It isn’t the yelling per se that’s going to make a difference, it’s how the yelling is interpreted,” said Ronald P. Rohner, director of the Ronald and Nancy Rohner Centre for the Study of Interpersonal Acceptance and Rejection at the University of Connecticut. If a parent is simply loud, he says, the effect is minimal. But if the tone connotes anger, insult or sarcasm, it can be perceived as a sign of rejection.

Rohner noted that while spanking is considered taboo by the major medical and psychological associations, there are still some religious and conservative groups who support it as an effective disciplinary tool, believing that the Bible explicitly allows it.

But, he said, “There is no group of Americans that advocate yelling as a parenting style.”

“My bottom-line recommendation is don’t yell,” he said. “It is a risk factor for a family.”

Easier said than done. Strategies to stop yelling abound. Klein said she has a friend who gives herself a timeout by going into another room when she feels a scream coming on.

Experts suggest figuring out ways to prevent situations that make you most prone to yell. If forgotten homework sends you into the stratosphere, make sure the children have their books and notebooks packed and waiting by the door before they go to bed. If you’re stressed and hungry after a long day at the office, make sure you grab something to eat in the kitchen before you tackle, say, a brewing disagreement over Legos.

Still, there are those moments.

“I’d like to think that most of the time we have a good interaction based on reason,” Lena Merrill said of her 4-year-old daughter, whom she has never spanked. But then there are the times when “she’s done something like poured milk on the floor or ripped a page out of a book,” Merrill said. “I just lose it..”

Usually, she says, she shouts something like, “Why did you do that? Why would you do that?”

“It’s phrased like a question to make her think, but the tone scares her,” Merrill said.

Still, Merrill, a travel consultant in Rutherford, N.J., finds that the threat of yelling can be a convenient stick, much the way the threat of a spanking was in her childhood. Even her husband has taken to using it to encourage good behaviour, she said, issuing the warning:

“Don’t make mommy mad.” — NYT



Monday, October 26, 2009













Luqman Hakim & the classmate masa jamuan raya..

Thursday, October 22, 2009

Cara Untuk bagi anak2 dalam kete dok diam..


Terbalik pun terbalilk laaa...hehe

tak tau apa nak ditypekan dalam entry kali ni..main tepek2 gambo jer la..
anak2 masa dalam kete tak de la dorg terpekik sana sini...dorg ni kalau dalam kete memang cam kat pasar dibuatnya sampaikan ibu & abah nak bual2 pun tak dengar sora abah yg merdu tu...
hehe...untuk menyenyapkan dorg..bawak buku2 bergambar ke barg mainan yg leh lekakan dorg..tak de la dorg bising jer..pastu bekalkan apa2 jajan + air minuman..kang tak yah la nak nyinggah kat mana2 stesen minyak ke kedai..betul tak?



Monday, October 19, 2009

Fruit Juice - Marilah merasainya..




Salam..
Kepada member2 yg sempat jengok ke sini, saper nak cuba jus ni..datang dari Mekah. Jusnya pekat..boleh terus diminum...kepada sesiapa nak cuba nanti bagitau ok?..Cuma RM8 tak termasuk kos pos. Ada perasa nenas,jambu,limau dan mangga.



Tuesday, October 6, 2009

Raya Lagi..












umar,haziq,luqman & huzaifah kat rumah ct kat kajang...







Otw ke rumah makcik ..macam2 ragam kalau dalam kete..macam dalam rumah dorg buat..

Nengoklah muka anak2ku dengan rambut baru...masa raya pertama tu tak de pulak ingat nak pi bawak anak2 pi potong rambut..makcik2 dia tak kasi potong terutama sikecik umar tu..rambut dia macam ikal2 kat belakang bila panjang cantek lah nampak gulung2...eheh..nenek dia lah bawak pi kedai mamak rimas nengok panjang jer..abg yg sorg lagi tu Huzaifah pun potong juga..Luqman dah potong masa mak buat open house hari tu..pakcik dia bawak sebab esok nya nak sekolah..

pic ni masa on the way nak pi rumah kawan kat kajang..pastu gi bangi rumah makcik....
Daisypath Anniversary tickers