Friday, July 15, 2011

Demam Urat...Tulang sengal...huhuuu

Hmmm...Allah menguji lagi...lepas anak2 demam,batuk..giliran aku pulak. Demam kali ni aku rasa antara yang teruk pernah aku rasa.Alhamdulillah dapat kembali bekerja setelah 2 hari bermc. Hari pertama mc sebelum dapat drive ke klinik lepak rumah mak .ingat nak tido tapi memandangkan anak2 (umar n thalhah) ada bersama, memang x dapat nak rehatkan badan ni..terpaksa tawakkal bangun pepagi utk menyiapkan Luqman ke sekolah..ada saja ragam mereka. Aku gagahkan jua drive ke rumah mak sementara dapat tidur2 ayam n setkan jam untuk bangun ambik Huzaifah dari tadika. Tgk2 abah dah otw ambik dia,aku pun terusla lepak rumah mak. Pukul 5 baru dapat pergi klinik itu pun mintak tolong adik drivekan. Urat kaki , masyaallah..tangkap kat situ gigil sudah.Mak suruh tido rumah mak jer..memandangkan dengan keadaan aku yg tak larat nak mengangkut baju,buku segala..aku gagahkan juga la balik je rumah sendiri..insyaallah lepas makan ubat ok lah sikit..

Keesokan harinyer pun aku masih tak berapa larat..urat kat tengkuk ni rasa amatlah sengal. kaki dah kurg sengalnyer..ubat Klinik tu memang piaww..aku tidur pun macam bisalah berjaga jaga jer..memang x tidur dengan lena.bangun pagi hantar luqman sekolah..dapat juga hantar Huzaifah ke tadika..suka sangat dia..sebab banyak kali dah janji nak hantar ibu tak dpt tepati..hari ni walau tengkuk rasa lenguh2 lagi kaki ibu dah ok skit dapatla hantar dan ambik huzaifah. Sebelum tu dah siap2 hantar lagi 2 org kerumah mak.Ckp ngan mak nak rehat kat rumah selubung.Alhamdulillah barulah dapat tido dengan nyenyak sikit walau pun badan rasa masih sengal2..badan pun dah berpeluh.jam dah nak pukul 11 bersiap ambik Huzaifah,bawak pergi makan..belikan dia apa yg dia nak(selalunyer jambu n air jambu) kali ni nak air kelapa pulak dengan kuih..nampak dia seronok ibu dapat ambik dia kali ni..kegembiraan terpancar kat raut wajah nyer yg comel tu..

Keje kat office aku dah tak hirau sangat dah.Mungkin sebab sepanjang minggu lepas banyak kali keluar office masuk office..naik turun bangunan..turun naik kereta,.memenatkan..aduhhhhh..sampai bila x tau lah..nak kena cari seorg runner utk buat keje 2 tu..tapi ntahlah..sampai bila jodoh aku dengan tempat keje ni setelah hampir 5 tahun perhambakan diri..Abg kata kalau badan x sihat x payahla dtg keje..kalau x sebab t/jawab dan ada benda urgent nak kena buat aku dtg jugakla ..esok dah cuti balik..lagipun cuti pun dah habis lepas tolak cuti raya..abg kan nak balik cuti nanti..rinduu rasanya..mungkin kah demam kali ni demam rindu?..hehe.hari2 pun rindu tapi kenaapa x hari2 demam?..leh mc lagi..haaaaaa

sementara bos2 tgh meeting tergempar bolehla aku meluahkan isi hati ni dan lepas ni dah nak sambung keje balik..tata titi tutu...

Monday, July 11, 2011

Macaroon class.....9 July

Ni nak citer skit dengan memember..sabtu lepas kita gi kelas buat macaroon. seronok gak lebih2 lagi ticernyer n participant semua sporting2..ticernyer pun admit yg group kitaorg ni memang happening..dengan lawaknyer..dengan soalan2 yg membanjiri otak pemikiran ticer..daripada ticer tu kata badan rasa nak demam terus sihat dek penangan kitaorg ni..hehe..syukurlah at least meriah juga rumah ticer kak kama azura dengan telatah kitaorg ditambah dengan riuh rendah anak dia nangis..
Dah lama actually nak attand kelas ni...asyik posptpone jer at last alhamdulillah berjaya jugak. Baru lah tau yg experiment aku secara solo selama ni ada cacat celanya.penting jugak praktikal sebenarnya.Syukur sangat dpt join.

cuba layan gambar ni dulu..nanti kita leh kongsi2 pengetahuan yer kengkawan:)







Peralatan yg diperlukan...















Kami..