Wednesday, May 9, 2012

Catatan Suri (ii) - perspektif anak2

Catatan bersambung... Hari berganti hari,sukar nak diperkatakan...tabah ke aku...goyah ke aku,atau semakin menjalani proses pembelajarankah aku. ada kala aku x tahan dengan dugaan ini...semuanya on n off, apa pun aku kena kuat semangat...pesanan abang tak boleh aku lupakan.. hari ni baru berpeluang luahkan rasa walau sebenarnya aku ada kerja lain selain melayan rasa,harap luahan ini dapat menenangkan jiwa seketika dan akan berterusan selamanya. Hari ini 9 May,sekian lama dengan nikmat Allah beri sihat tubuh badan ,cukup makan pakai..teringat cerita Seindah Sakura kat TV3 ...sememangnya nak tgk tv sekrg ni pun payah,anak2 ni ada je kerenah bila aku start nak ngadap tv kejap.Kalau sebelum ni keje pun..memang aku jarang2 tgk tv sampai bekas manager aku cakap aku ketinggalan zaman...lantak la ...ko apa tau susah senang org lain..tgk drama tu bukan apa,banyak nilai2 keinsafan dalam diri kami...ada org lebih susah nak makan,pakai, tempat berlindung pun x sempurna,,bersyukur sgt dgn kehidupan kini...Alhamdulillah..sebab tu bila anak2 merungut itu ini aku suka bagi cth drama tu, cthnya syakira ,pergi sekolah dengan kasut koyak masih bersyukur dan masihh mampu bersabar." Luqman cakap itu drama lah ibu,budak ni kaya la dia berlakon" waduh2..susah dong... Semenjak adik aku tinggal sama dalam rumah ni sementara cuti sem. ni...alhamdulillah ada masanya ringan sikit keje rumah, dapatla uruskan keje2 kat luar,uruskan urusan bank,hantar ke customer tempahan choc/cake, bolehla belajar2 masak,uruskan rumahtangga...daripada kat rumah mak asik tidur baring je..abah yg suruh dia teman aku kat sini..kalau kat sini buat macam kat rumah mak, alamatnya dia pun kena jerit gak dengan aku,,,aku ni kakak yg garang..jgn makan hati lak nanti.Sometimes she's annoying me.hmmm.. Cerita pasal anak2..memang aku akui dorang semua aktif2 belaka..mudah2an mereka semua kuat semangat macam aku jugak..kajian mengatakan hampir keseluruhan perangai dan emosi anak2 dtg daripada ibunya. Aku akui sepanjang kehamilan semua 4 anak ini, macam2 emosi,pelbagai dugaan phit manis kehidupan aku lalui....yang diluar kawalan,tak terkawal macam2 lagi...bila ada sahaja emosi anak2 aku yg tak menentu tu, salah aku lah tu...andai dapat aku undur masa tu...nak aku kawal sungguh2 emosi masa mengandung dulu.Tapi semua tu mungkn x terlambat,aku masih prlu membawa perubahan terhadap emosi anak2.Ya Allah,kuatkan smangat ,lembutkan hati anak2ku,jadikan mereka anak2 yg soleh dan mendengar kata.Aku masih x cukup sifat kelembutan seorg ibu...walaupun memang terdpat kelembutan ...masih tak cukup dan perlu penambahbaikan ke arah itu...keras ke hati ini??.. Esok hantar Luqman kesekolah seperti biasa, balik ke rumah hantar Huzaifah ke Pasti pula.agak letih dan kelam kabut bila Thalhah pun bangun sekali n nak berdukung ...dia pun siap nak mandi mcm la dia yg nak gi sekolah..Huzaifah pun bukan senang nak bangun pagi...harap x berterusan ..tahun depan dah nak darjah satu..sama2 bersiap ke sekolah dengan abgnya...semoga mudah segalanya... bersambung.....