Monday, October 26, 2009













Luqman Hakim & the classmate masa jamuan raya..

Thursday, October 22, 2009

Cara Untuk bagi anak2 dalam kete dok diam..


Terbalik pun terbalilk laaa...hehe

tak tau apa nak ditypekan dalam entry kali ni..main tepek2 gambo jer la..
anak2 masa dalam kete tak de la dorg terpekik sana sini...dorg ni kalau dalam kete memang cam kat pasar dibuatnya sampaikan ibu & abah nak bual2 pun tak dengar sora abah yg merdu tu...
hehe...untuk menyenyapkan dorg..bawak buku2 bergambar ke barg mainan yg leh lekakan dorg..tak de la dorg bising jer..pastu bekalkan apa2 jajan + air minuman..kang tak yah la nak nyinggah kat mana2 stesen minyak ke kedai..betul tak?



Monday, October 19, 2009

Fruit Juice - Marilah merasainya..




Salam..
Kepada member2 yg sempat jengok ke sini, saper nak cuba jus ni..datang dari Mekah. Jusnya pekat..boleh terus diminum...kepada sesiapa nak cuba nanti bagitau ok?..Cuma RM8 tak termasuk kos pos. Ada perasa nenas,jambu,limau dan mangga.



Tuesday, October 6, 2009

Raya Lagi..












umar,haziq,luqman & huzaifah kat rumah ct kat kajang...







Otw ke rumah makcik ..macam2 ragam kalau dalam kete..macam dalam rumah dorg buat..

Nengoklah muka anak2ku dengan rambut baru...masa raya pertama tu tak de pulak ingat nak pi bawak anak2 pi potong rambut..makcik2 dia tak kasi potong terutama sikecik umar tu..rambut dia macam ikal2 kat belakang bila panjang cantek lah nampak gulung2...eheh..nenek dia lah bawak pi kedai mamak rimas nengok panjang jer..abg yg sorg lagi tu Huzaifah pun potong juga..Luqman dah potong masa mak buat open house hari tu..pakcik dia bawak sebab esok nya nak sekolah..

pic ni masa on the way nak pi rumah kawan kat kajang..pastu gi bangi rumah makcik....

Annual Lunch.....












Hari Khamis lepas 1/10 kitaorg satu office lunch kat one of the famous seafood restoran kat sini..Punyalah susah nak contact dorg buat order..sampaikan hampir 2 hari cuba call baru dpt buat order..antara dishes yg sempat di order..ketam sweet sour,baby kailan,mix vege,butter prawn,chicken lemon,shark fin soup,siakap stim & sotong masak masam manis..uih..ni pun dah tak larat , 2 org tak leh join sebab vegetarian..

Memang tiap taun ..kitaorg akan set lunch kat mana2 seafood..as an annual lunch la ni..annual dinner jangan harap la nak ada..maklumla company kat Malaysia kecik jer..actually company besar..sebab banyak sangat branch bukak kat overseas..kitaorg yg tak berapa nak ramai ni just buat annual lunch jer la..kira bersyukurla..bonus dpt..gaji on time..Alhamdulillahh...


Raya...raya...raya


Dalam Perjalanan balik dari Kampung, Umar buat hal nak duduk dengan abah dia masa tengah drive...terpaksalah abah dia bawak slow2..ih ih..nampak lak peyod abah yg makin naik lepas puasa ni..kata nak kontrol..
kitaorg sampai jer rumah mak, nampak atok baru balik dari surau terus jerit ' atok!'..aper lagi mintak naik motor lah ngan atok dia. Jeng jeng jeng..gambo atok masuk blog dah..glamer bapak aku kejap..hehe



Ni pulak open house buat kat rumah mak...seminggu raya esoknya dah masuk keje dah..aduhhh..punyalah penat tak terkata..mak punya
list juadah punyalah banyak..kebas2 kaki tangan weyy..
antara juadah yg disediakan -
nasi putih
gulai tempoyak
masak asam rebus keladi
asam pedas
nasi beriani
mee kari
Ikan cencaru bakar + air asam
ayam masak rempah
Soto
jelatah
Buah2 an & kueh mueh
dalca
Mix vegetable

Amacam, banyak tak?...tapi mak memang suka masak2 ni ..lagi2 bila nak ajak sedara mara ..sahabat handai makan2..memang mak aku the best lah bab masak2 ni..cuma raya tahun ni tak puas makan juadah raya macam rendang..ketupat..sebab kali ni tak buat pun sumer tu..malam takbir buat ayam golek, nasi impit ngan sate..buah2 & kueh2 jer..tahun2 lalu mesti buat soto..memang ramai malam takbir tu...seronok dan sayuuu jer..apa pun open house kat rumah mak ni telah menyambut kedatangan syah ss sekeluarga...ingat kan dia nak dtg selasa malam..
nengok miss call syah sampai 10 kali..akhirnya syah sampai jugak sebelum maghrib tu..






Sunday, October 4, 2009

Raya II & III


Hari Raya Kedua kami ke rumah saudara belah abah area sepang ke Ngeri Sembilan...Macam raya yg sebelum ni raya kedua jer dah ada kat kpg abg kat Kulai, tapi kali ni Raya ke tiga baru balik..so dpt lah sama2 berkonvoi ke rumah pak long kat PD...dan sedara mara yg lain..


Raya ke tiga dalam perjalanan ke kampung

Gambar2 Raya...

Bermaaf maafan di hari Raya..lepas balik solat hari Raya..



Masa ni aku dah tak tahan nak nangis dah..
Adik bongsu


Adik number 6

Adik Ipar, Org Pattani

Adik No.4
Adik No.3



Mak & Abah yg disayangi...

Tak cukup corumla..Umar tido masa ni..

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya 2009 yg meletihkan....

Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog aku yg tak seberapa ni..thanks sudi lawat ke sini. Cerita pasal Raya kali ni memang memenatkan dan rasa tak semangat seperti tahun2 yg lalu. Yer lah dalam keadaan yg masih mabuk2 laut ni..aduhh..nampak makanan favourite di hari raya ni pun macam tak de selera walhal itu lah yg di cari pada setiap hari raya. Aku harap tahap loya aku ni tak lah sampai ke bulan2 yg seterusnya, nanti tak terjaga makan dan pakai hubby dan anak2..lemah2 rasa badan. Tapi masih sempat lah aku masak untuk member yg nak datang kerumah hari selasa lepas. Tetamu yg dtg mestilah dirai. Aku gagahkan diri jugak memasak serba sikit ala kadar...lepas tu siapkan en.nizam kena mintak urut dari aku..hehe...seronok rasanya bila tetamu makan sampai bertambah-tambah...sedap ke mee soto aku tu?..ker memang dorg tengah lapar?...hehe

Lama dah nak update blog ni dengan gambar2 raya yg sempat di ambil tapi tak sempat ..ni pun curi2 masa sementara kerja yg urgent dah separuh selesai. Insyaallah nanti ada masa nak tepek gambar raya. ....

-bersambung-