Monday, February 28, 2011

Keberangkatan Abang ke Dubai-27/2 @ 2pm

Hampir sebulan abg menunggu tiket akhirnya termakbul juga doa2 kami,ahli keluarga dan rakan2..masih tak puas menatap wajah abg..berbual dan bergurau senda..terima kasih abang,sebab mambantu jue menyiapkan urusan persekolahan Luqman,Huzaifah..memasak,membasuh baju,menyidai,melipat,menggosok yang selama ini jue yg buat..masa dalam temph menunggu,pernah cakap kat abg "x payah gi lah bang".Abg jadi kaget sebab kami dah berbincang lama ..aku rela melepaskan abg pergi..abg ckp,baru sekarang cakap, semua dokumen dah sedia..visa dah siap..tunggu tiket jer.aku jadi sayu.

Sepanjang abg di rumah..melayan karenah anak2..gurau senda abg..masih terngiang ngiang..abg pergi untuk jangkamasa yg agak lama.aku harap abg akan balik setiap 6 bulan sekali namun x pasti lagi..cerita pasal anak2,aku dapat rasakan tensionnyer abg dengan perangai mereka especially Umar..Umar & Huzaifah memang rapat..kadang kala tak ada apa pun ..nampak kelibat abah dia mulala merengek sana sini ..nak itu ini..elok2 tengah suap makan..nangis2 nak suh abah suapkan..apa pun abah..nak tido dengan abah..kalau abah nak keluar gi surau ke gi kedai ke mana2..nak salam, sampai 2 belah tangan..nak cium dulu..baru dia lepaskan abah pergi..itu pun lepas2 tu nangis balik ..cakap abah tak sayang mai ..(panggilan diri dia)..Umar..umar..ibu suka keletah Umar,cakap pandai walaupun pelat..banyak kerenah..kalau beli jajan ingat kat abg2 pun kena belikan..tapi bila suruh distribute kat abg2 dia yg sapu semua..pujuk2 baru lah dia bagi..kalau ibu marah naik suara ..dia akan cakap .."cakap aa elok2"..aku terus mintak maaf dan cool down..:)org kata anak2 nakal dan banyak karenah ni,anak yg bijak satu hari nanti..Insyaallah,doa ibu sentiasa mengiringi Umar dan anak2 ibu yg lain..Amin..

Dialog anak2 selepas Nizam berlepas;
Luqman:"Luqman tak nangis pun abah pergi,nanti abah balik luqman dah darjah 4"
Huzaifah:"Jipah tak nangis jugak..abah gi keje..nanti jipah besar nak gi keje macam abah gak"......(walaupun sebelum tu x nak salam abah..nak ikut)
Umar :"abah nak gi mana?"..abah cakap " abah gi keje"
Umar :"gi keje?..nak ikut.."
Umar nangis duduk kat lantai..aku pun jadi sedih..memaksa untuk tak menangis..tapi air mata keluar juga..Thalhah nengok jer dari jauh dalam dukungan makcik nyer..

Selamat Jalan abang..semoga abang berjaya dunia dan akhirat dan Allah permudahkan semua urusan abang di sana..Kami rindukan abang..:(((









Thursday, February 17, 2011

Baked Macaroni Cheese

Suka lah sangat mengepos benda2 makan ni..rasa kepuasan lak nak share ngan member2 dan follower2 ..kalau adaa..hehe
Masa ni tengah rajin ..try resepi nony (member sekolah) dulu. Masa buat gathering STAR dec lepas datang rumah dia untuk last meeting..dia ada buat baked macaroni cheese ni..lama dah mintak resepi puan nony ni bz bebenor..akhirnya dpt dan aku pun cuba membuatnya..Kawan2 nak resepi tak?...

Bahan2

400grm macaroni (direbus)
Bawang Putih/Bawang merah (didadu/cincang)
Lada Benggala bukan bangla (didadu)
Cendawan butang (didadu)
cheddar cheese (diparut)
Daging cincang 1 peket..lebih pun ok
4 Biji Tomato (Didadu)
6 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
Sos Tomato,Sos Cili
minyak

Cara2
-Rebus macaroni 10 minit
-Potong2 dadu bahan2 yg perlu didadu
-Tumis bawang putih
-Masukkan Daging cincang...
-Masukkan Lada Benggala
-Tuang sos cili & Tomato agak2 nak rasa pedas.
-Garam sikit
-Masukkan Macaroni..goreng2 sikit.
-Pecahkan telor letak lada sulah..
-Sediakan tempat untuk membakar..masukkan bahan2 yg digoreng tadi..
selang seli susun tomato..cendawan dan curahkan telor ..ulang sampai habis bahan
digoreng tadi..last sekali taburkan cheese yg dah diparut memenuhi bekas..
-panaskan oven dan bakar pada suhu 350' selama 30 minit..

Selamat Mencuba..sedap tauuuu...adik2 I suka..anak2 tak suka..hubby suka gak sesikit..hehe


Umar turn to 3 years old

11hb Feb.hari tu harijadi Umar.Kesian Umar..ibu abah hanya dapat belikan kek,mainan & yuyu jer untuk Umar.Itu pun Umar dah cukup happy. Insyaallah Umar dah tak banyak ragam sangat macam selalu, ibu akan buatkan besday party..hari tu kitaorg sambut kat rumah mak jer..abah bacakan doa..aku bawak nasi goreng...makan ramai2..

cerita pasal Umar..aku pun pelik kebelakangan ni dia selalu meragam.satu hari mesti nak nangis.Peliknyer bila abah dia tak der kat rumah (pergi surau ke keluar mana2) tak pulak dia meragam..elok jer duduk rumah main dengan abang adik.Mungkin sebab abah dia ada aura menangis..huhuu..atau mungkin sebab abah dia nak pergi terbang dah tu yg dia merengek jer..pendek kata tak boleh nengok abah dia balik..ader je benda nak dia rengekkan..aku jadi pening.Kadang kala bukan apa pun..setakat nak salam..cium..sebelum abah dia pergi mana2..salam cium tu pun berkali kali..kena sabar ditahap yg maksima dengan Umar ni..



Abah membacakan doa...









Jari menunjukkan Umar dah 3 tahun..

Tuesday, February 8, 2011

Luqman dan Pakcik Eskrem



Kisah Luqman Hakim ni..asal balik sekolah Agama nak beli eskrem..kalau tak de duit lagi tinggal dalam poket cari2 ibu dulu..mintak duit..sekrg dah pandai skit berbelanja..kalau hari2 0.50-1.00 seminggu dah RM5..sebulan berapa pulak...tu tak masuk nak singgah kat gerai org jual kueh..Luqman lapar lah ibu..tu jer la perkataan dia bila balik sekolah.Tapi x per..ibu tak kisah..Luqman nak apa pun ibu boleh bagi asalkan Luqman dengar kata Ibu..inikan pulak beli makanan untuk Luqman makan..Ibu ni nampak jer garang tapi dalam hati ibu ada kindergarden...hehehe

Thalhah bulan depan setahun sudah...


Thalhah dah tak nak duduk kerusi ni lagi..mesti nak berdiri

Thalhah dalam proses belajar berdiri sendiri.Kalau tak der abg2 ganggu dia main sorg2 dengan tekunnyer..

Suka dengan pancing tu...comel tak saya?
Besar dah Thalhah, ibu macam tak percaya Thalhah dah nak masuk 1 tahun bulan depan.Sekejap jer masa berlalu..En.Nizam pun dah nak berangkat tak lama lagi..ibu rasa sayu bila terkenangkan bab2 ni..macamana lah agaknya ibu nanti....huhhuuu

Cake Series

Semenjak dua ni aku suka sangat membaking dan memarble...pic kek seperti dibawah ni selain dari yg beraising tu buatan sendiri.Bila anak2,hubby,family suka makan aku pun suka membuatnyer..lebih2 lagi bila semua kelangkapan dan bahan2 dah sedia ada..Umar pun dah kurg mengacau kat dapur..bagi dia leka2 skit..kalau ada pun dia kacau sesikit tu adatlah..aku tetap teruskan membaking..sekejapan dah siap..yg penting moist dan lazat...yehaaaaaa

Kek Strawberry Marble









Kek American Marble - American la sangat..










Kek Chocolate Moist dari Secret Recepi









Kek Birthday Anizah..budak office..coffee mocha..










Kek Orange Marble
Daisypath Anniversary tickers