Tuesday, October 15, 2013

Episod Penghijrahan Kami...

Assalamualaikum dan salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah tetiba muncul mood untuk menjengahkan tulisan di atas layar blogku yg tak seberapa ni..layar la konon. Sekian lama ..hampir setahun.Hampir 8 bulan aku n anak2 bermastautin ke Doha,Qatar negara padang pasir berdengung ni.Terdetik hati nak sambung coretan tak lebih dari meluahkan rasa dan untuk kepuasan peribadi. Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kami dijangka terbang bulan februari 2013 ke Qatar. Hati jadi tak keruan. Anak2 baru sahaja memulakan sesi persekolahan.Memandangkan tarikh sebenar tidak dapat di pastikan, aku perlu menguruskan juga hal persekolahan anak2 walaupun sedar hanya 2 bulan. Persediaan sekolah ala qadar,sepasang baju sahaja setiap orang.Masih ada baju lama yg boleh digunapakai. Maksimakan perbelanjaan selagi boleh.Menetap negara orang mungkin tak terjangkau akal gamaknya..apa pun istigharah membawa ketenangan dan kami mengambil keputusan untuk bersama suami dan abah anak2 ku. Bulan December 2012 terbang juga aku melalui Qatar Airways berseorangan untuk menemui suami tersayang. Honeymoon la konon2nya,sesambil melawat kawasan dan meninjau kediaman kami di sana. Masa tu musim sejuk. Seminggu tu dapatlah masakkan untuk suami tersayang. Dalam benak fikiran mula terbayangkan suasana di luar kediaman itu,macamana la nanti anak2 aku...sekolahnya paling utama. Kawasan riadah sekitar compound tempat tinggal kami alhamdulillah serba lengkap. Kotak fikiran hanya tertumpu kepada persekolahan anak2.Maklumlah semua dalam english. Risau sangat ketika itu. bwah ni antara suasana kediaman kami..masa ni musim sejuk n time budak sekolah..so..bermaharajalela la anak2 kat park ni...dekat pulak dengan surau/masjid..(semua compaund disediakan surau). facilities lain ada swimming pool...gym..nak main bola sepak..bola jaring...main pool pun ada..cuma yerlah..masa singkat kat sini..antara nak dan x jer..
Gambar sebelah ni dalam flight...alhamdulillah anak2 amat tenang sekali dan tak banyak sangat ragamnya..tidor je sepanjang penerbangan ..kecuali huzaifah.. ###############to be continued#############

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers