Sunday, October 27, 2013
Episod penghijrahan- peperiksaan
Assalamualaikum...
Sohabul khair ya ukhti wa akhi..
5 am dah kejutkan anak2 setelah hampir separuh siap juadah breakfast n lunch box anak2 n mr.hubby. Subuh masuk pukul 4.15am.Mata pun mamai2 semalam tido lewat skit siapakan donut untuk anak2 breakfast hari ni...tak tau mana silap selalu buat ok je..kali ni keras sikit lak..huhuu..xper..ada roti sebagai penyelamat.. siap dah lauk untuk lunch my hubby kari ikan pari n timun..hehe..pepagi ni kelam kabut sikit ..my hubby pun x kisah..ada telor masin pun.Alhamdulillah..sebenornya bukan la nak cerita pasal menu breakfast or lunch box..ni pasal peperiksaan
Anak2 periksa hari pertama hari ni. Entah kenapa sedih je tengok dorg sebab teringatkan semalam buat revision bersama dalam keadaan yg stress dan aku pulak ngamuk2 dengan dorang. Aku sedaya upaya luangkan masa tengok mana yg patut dorg tekankan dan paling aku kesian dengan Umar (anak no.3). Qatar baru je perkenalkan system supreme education apa tah lupa..umur 5-8 thn akan masuk gred 1. Dah dia sama gred dengan Huzaifah (anak no.2) cuma syllibus dia lain sikit. Untuk catch up semua tu aku risau sangat sebab umar pun masih baru merangkak. Suatu paksaan untuk dia menghafal semua topik. Luqman hari ni Math,Huzaifah -English,Umar-Science n Thalhah -Oral..aduii..Thalhah lagi la aku tak buat revision pun dengan dia untuk oral ni..praktis write number 1-5 jer. Harap2 Luqman,Huzaifah,Umar n Thalhah dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Aku sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan mereka, terangkan hati dan pemikiran mereka. Ibu cuba untuk menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 walaupun rasa bersalah yg amat terhadap mereka sebab selalu push dorg sangat dalam banyak perkara. Itu semua untuk masa depan mereka juga wahai anak2...ibu tak suka buang masa. Ibu nak kamu semua tahu kita datang sini untuk menanam azam untuk belajar bersunguh-sungguh dan dapat tinggal bersama-sama dengan abah. Ibu sayang kamu semua.Good luck my son
uhuk..uhukk..
Thursday, October 24, 2013
Episod Penghijrahan II
Assalamualaikum..
Begitulah lumrahnya hidup..ada pasang surut ada turun naik..hmmm..kaitan??..ada kot sesikit
Alhamdulillah..selesai je urusan persekolahan anak2 tiba la masa untuk mereka menduduki test...first time x lepas sebab markah tak cukup..pendek kata tak lulus..huhuu..masa ni give up kejap sampai plan nak balik semula ke Malaysia. Kesian anak2..kami stress terlebih..paling tak sangka abahnya pun stress n dia siap planning itu ini kalau kami balik semula ke Malaysia. Sedih juga di kala ini.Lama kelamaan kami dapat juga spirit dan semangat dari kawan2 yg lagi mencabar proses persekolahan anak2 mereka. Ada yg hampir setahun tak sekolah kerana tiada kekosongan. Hampir sebulan lebih kami training anak2 di rumah mengikut silibus pelajaran yg diberi pihak sekolah. Aku ni dah la memang kalau part mengajar anak2..selalu nak panas hati n berangin jer,...minta doa Allah lembutkan hati aku ni...Alhamdulillah..bila rasa mereka dah cukup sedia,test kali ke 2 berjalan lancar dan mereka berjaya ..hanya Luqman dan Huzaifah. Umar masa ni aku sendiri tak yakin pencapaian dia untuk ambil test kali ke 2..Umar aku kena train lagi..2 minggu stay kat rumah...alhamdulillah..lepas2 tu umar pun berjaya masuk sekolah tu. Bila umar dah lepas..Thalhah pun masuk sekali sebab dia umur baru 3 tahun terus masuk reception tanpa perlu seat the test.Mula lah kami cari baju sekolah anak2 ....Syukur padamu ya Allah...
Ini lah sekolah mereka...Bright Future Pakistani International School.....
x kisah la sekolah mana pun...masa memula join MIQ (Malaysia in Qatar)..byk desas desus kata sekolah ni tak bagus..dari segi apa malas nak cerita panjang..Negara pakistan..u oll kaji la sendiri..bagi aku sekolah mana pun sama...kami pun dah pernah jumpa principal n teachers..mereka semua pendidik yg bersemangat waja...biarla apa org nak kata..janji anak2 dapat pembelajaran yg sewajarnya...insya Allah ..Kalau nak lagi bagus ada anak2 Malaysian sini sekolah International yg lain ..yg ada belajar bahasa jerman,France dll...kalau boleh aku nak anak2 boleh berbahasa arab selain english memang la dah guna bahasa tu dalam semua subject..dah sekolah International la kan...cumanya sekolah tu org pakistan yg punya..ramaila masyarakat mereka dalam tu....so far ada org Indonesia, Egpt, Somalia, India n Philipine n of course org Pakistan.Org egpt yg berbahasa arab pun x nak hantar anak dorg kat sekolah arab. Reason? ada la tu...Paling penting costnya tu ..banyak sekolah sini yg mahal fees nya..ya lah..lain company sponsered lainla limitation costnya. Aku bersyukur kami telah berjaya melalui fasa persekolahan mereka dengan jayanya...mabrook!!!
TO BE CONTINUED-----Nak pi siap2 tunggu my little boy Thalhah balik sekolah..tunggu kat entrance je...
Tuesday, October 15, 2013
Episod Penghijrahan Kami...
Assalamualaikum dan salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah tetiba muncul mood untuk menjengahkan tulisan di atas layar blogku yg tak seberapa ni..layar la konon. Sekian lama ..hampir setahun.Hampir 8 bulan aku n anak2 bermastautin ke Doha,Qatar negara padang pasir berdengung ni.Terdetik hati nak sambung coretan tak lebih dari meluahkan rasa dan untuk kepuasan peribadi.
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kami dijangka terbang bulan februari 2013 ke Qatar. Hati jadi tak keruan. Anak2 baru sahaja memulakan sesi persekolahan.Memandangkan tarikh sebenar tidak dapat di pastikan, aku perlu menguruskan juga hal persekolahan anak2 walaupun sedar hanya 2 bulan. Persediaan sekolah ala qadar,sepasang baju sahaja setiap orang.Masih ada baju lama yg boleh digunapakai. Maksimakan perbelanjaan selagi boleh.Menetap negara orang mungkin tak terjangkau akal gamaknya..apa pun istigharah membawa ketenangan dan kami mengambil keputusan untuk bersama suami dan abah anak2 ku.
Bulan December 2012 terbang juga aku melalui Qatar Airways berseorangan untuk menemui suami tersayang. Honeymoon la konon2nya,sesambil melawat kawasan dan meninjau kediaman kami di sana. Masa tu musim sejuk. Seminggu tu dapatlah masakkan untuk suami tersayang. Dalam benak fikiran mula terbayangkan suasana di luar kediaman itu,macamana la nanti anak2 aku...sekolahnya paling utama. Kawasan riadah sekitar compound tempat tinggal kami alhamdulillah serba lengkap. Kotak fikiran hanya tertumpu kepada persekolahan anak2.Maklumlah semua dalam english. Risau sangat ketika itu.
bwah ni antara suasana kediaman kami..masa ni musim sejuk n time budak sekolah..so..bermaharajalela la anak2 kat park ni...dekat pulak dengan surau/masjid..(semua compaund disediakan surau). facilities lain ada swimming pool...gym..nak main bola sepak..bola jaring...main pool pun ada..cuma yerlah..masa singkat kat sini..antara nak dan x jer..
Gambar sebelah ni dalam flight...alhamdulillah anak2 amat tenang sekali dan tak banyak sangat ragamnya..tidor je sepanjang penerbangan ..kecuali huzaifah..
###############to be continued#############
Subscribe to:
Posts (Atom)