Saya ingin kongsi bersama anda, agar kita sama sama dapat menilai sebuah kehidupan yang ingin kita cari. Very interesting..........
Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah profesor yang mengajar mereka ketika di universiti dahulu. Mereka berbual-bual dalam perbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka. Profesor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang nampak biasa dan ada yang kelihatan begitu mahal.
Profesor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing masing, profesor itu berkata; " Jika anda semua perasan,semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi.
" Apa yang sebenar anda perlukan ada kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Kehidupan adalah kopi. Kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah. Hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang sehingga kita gagal untuk menikmati kopinya. Dengan itu nikmatilah kehidupan yang ada.....Dan hayatilah apa sebenarnya yang anda inginkan dalam kehidupan ini......
Salam manis.........
No comments:
Post a Comment