Thursday, December 1, 2011

Mandi manda - Gold Coast Water Park

Ahad lepas bawak kids gi mandi manda kat water park Gold Coast Morib. Tempat baru..Nice place.kids pun happy...aku pun tumpang happy. lama dah planning nak bawak kids mandi manda..sejak abah dorg balik .konon nak gi sunway lagoon..siap2 semua baju dll..tak disangka sangka tutup lak hari tu..frustrated kids..planning kali ni pepagi tu dah siap2..mak uda kids pulak dtg lambat..pergi sekali dgn dia..kalau aku sorg handle semua habisla..kena ada yg accompany..dah sampai pun wet world kat shah alam..punyerla penuh..beratur sampai kat akuarium tu..kitaorg decide patah balik la ke area morib..kids dah bising2 ..ni jalan nak balik ni..kata kids..hehehe
jauh travel kali ni..hehe..telok-shah alam- shah alam-morib...hmmm...
sampai pun dah agak lewat pkl 11.30. masuk2 kaw. tu nampak masih baru..sekeliling ada mcm apartment untuk stay..berdekatan ada chalet..nyaman berdepan dengan laut..rata2 dalam internet org komen x best..bau udara x segar dan lain2 lagi..apa pun masing2 punya pendapat..maybe sebab tempat masih baru..lama2 ada la improvemennya..tapi aku puji water park dia..syok..marsyall yg bertugas pun memberi layanan baik..

layan pic yer..:)
.
.
.
.
.







Tuesday, October 25, 2011

penghujung october

hujung2 october..aduhaii..banyak sgt dugaanyer terutama bab kesihatan..lepas sakit telinga hari tu ..demam ..sakit mata pulak...telinga membengkak luar biasa rasanya..mulanya pergi klinik biasa aku pergi bwk anak yg dmam sekali la check telinga ada dengung2 ..dr.kata ada taik telinga keras...dia bagi ubat titis..lepas pakai ubat titis tu aku dah mula x dengar..dah 3 hari aku pergi balik dr tu tanya aku x korek ke?sebab dia teropong dia kata x tecuit..aik...perlu ke dikorek?bukan ke ubat titis dia kasi tu utk cairkan taik telinga?..memula marah sebab aku korek telinga...ni dia suruh aku korek telinga la pulak...huhuuu..aper punyer dr. ini???dr. tu suruh aku refer hospital la pulak..aku ckp x kan sampai kena refer..dengan ayat yg agak kureng..dia cakap kalau aku nak pekak lambat2 lah pergi refer...x per.sabar yer...

lepas x tahan dgn telinga yg makin bengkak aku gi klinik panel. Barulah ku tau dr.tu bagi aku ubat yg tak betul..sepatutnya dia bagi soluwax..ni dia bagi antibiotik jer,.mana maunyr taik telinga mencair,,,ih ihhh...aku terus pangkah klnik tu utk aku kungjungi lepas ni...support punyer pasal la kan...lepas pakai ubat dari klinik panel tu alhamdulillah beransur pulih telinga dah tak macam telinga tikus dah..hehehehhe sukurrr

lepas sakit telinga...mata pulak...semalam jer (isnin) mata dah merah dua2 belah..bos aku nampak...dia faham n suruh aku mc jer esok lepas settle issue cheques.
rasa badan n kepala pening2..sebelum tu dah ada tanda2 ..nasihat kawan2 aku cuci dgn air garam.ttiskan air susu bdan sdiri yg alhamdulillah masih ada ni...aku amalkan sentiasa...bila dah merah dua2 mata dari sebelumnya sebelah jer,,,aku gi klinik gak la utk mc...ubat titis tu pun gunala jugak,,,alhamdulillah lepas guna malam tadi..beransur pulih,,,x de taik mata dah keluar..pening pun dah hilang...menangis gak saat tu bdan x sihat dgn mata yg bert nak tutup jer masa tu...dgn anak2 nak susu nak itu ini..aku gagahkan juga ..syukur sgt dah beransur pulih...hari ni mc..x berehat apa pun...pergi pasar...memasak utk anak2 pergi balik sekolah aku hantar...saje praktis dulu...akan dtg jadi suri rumah bleh la arrange itu ini...insyaallah...

Monday, October 10, 2011

Pertengahan October ...

last September...

Semenjak selepas Hari Raya september lepas,semangat untuk meneruskan hari2 bersama anak2 tanpa abang di sisi amat pilu. Sekejap jer masa berlalu,abang terpaksa kembali bertugas.Masa yang ada kami luangkan sehabis baik..boleh dikatakan tak lekat kami di rumah..letih tapi seronok.dapat juga meround rumah jiran tetangga..rumah sedara mara..dapat balik kampung walaupun raya pertama tu kereta kami masalah sikit.ni lah gara2 service centre yg main hentam jer servis kete org bagi part yg salah. Alhamdulillah ada kereta adik ..boleh la pinjam balik kpg esoknya..tersadai kejap kereta kami kat rumah..padahal lepas kami find out technician pasang part yg salah size n membuatkan kereta kami tersangkut sangkut ..dugaan sungguh

Cuti yg ada aku habiskan untuk mengemas rumah, baju2 yg menggunung..maklumla anak ramai kan..hehe..tempat sidai baju dah macam kedai dobi..eh..kedai dobi ada sidai2 ker?..semua mesin yg settlekan..tapi x per..rasa seronok dapat menguruskan rumahtangga sendiri..bila la aku akan dapat petunjuk untuk menngundurkan diri daripada Anglo Asia yg mencabar tu..huhuuu

semakin hari semakin sepi..tension dan tension sekian hari..dengan anak2 yg semakin aktif ..aku masih belajar untuk menjadi seorg yg penyabar..hari demi hari ada pasang dan surutnya,,mencuba dan mencuba untuk menjadi sabar..namun kadangkala tandus jua..anak2 kekadang jadi mangsa jugak..akhirnya aku yg menangis sendiri..hari2 mohon keampunan dan mohon semoga Allah memberikan aku kesabaran yg tinggi..hari2 baca ayat2,surah2 yg dapat membantu..

October....
.
.
.
.
.COMING UP NEXT

Friday, September 9, 2011

Aidilfitri 2011

Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat kami sekeluarga sebab abang balik ...yeh yeh..seronok tak terhingga..alhamdulillah abang selamat sampai 29hb pagi.Pagi Raya bermaaf-maafan dan bergambar la sesikit sebelum gi rumah nenek di KRU.









Wednesday, August 17, 2011

Thalhah dah Botak & lain2 citer..



Cerita pasal Thalhah lagi bagus..hehe..anak manja yg ke 4 ni..semakin membesar dan aktif serta bijak..kalau abg2 bergaduh dia jadi tukang hep hep kan..
dah pandai memanjat-manjat ..pandai makan..asal nampak org makan jer cakap nak nak..
Thalhah manja sangat dengan ibu..ibu balik keje je lari2 sambil lentok2 kepala nak suh ibu dukung..umar pun sama..dah makin gendut nak suh ibu dukung..terduduk ibu dukung 2 org sekali..pic tu masa Thalhah ikut ibu pi shopping baju raya dengan mak uda ct..dia sorg je ikut sebab dia good boy skit duduk kat stroller sambil makan keropok..ada budak lalu mintak dia tak kedekut bagi..nahhh dia kata..hehe

Kebelakangan ni ibu letih sangat..dalam kepala pun dilema antara nak teruskan kerja atau nak berhenti keje uruskan anak2..memang kalau pk kan pasal duit tak berhenti la sampai pencen..tapi sekrg semua memerlukan duit..sambil dapat membantu mak abah serba sikit ada juga jaminan aku masa tua utk anak2 juga nanti(epf).selagi hayat dikandung badan..Insyaallah kerja untuk beramal ..semoga Allah beri aku kesihatan yg hebat..amin..

Ramadhan ke 17...keje keje keje...

Tak lama jer lagi nak sambut Aidil fitri..makin lama makin lemau jer semangat nak datang keje.lebih2 lagi x de bonus tahun ni..biasa sebelum puasa (bulan july) dah dapat bonus.Staff semua merungut..kenapalah mamat Thai ni buat macam ni..taula dia tak suka dengan staff2 kat Malaysia ni..kalau dorg kat Bangkok sana pi melancong pi sana sini boleh...suka perlekehkan kemampuan kami kat sini...kat sana production bertan tan sebulan..kami kat sini tak sebanyak mana..padahal tahun2 sebelum ni pun selalu cakap company x untung ..company lost..tapi dpt gak sebulan bonus.tak bangkrup pun company, nak kelentong pun dengan aku yg hari2 tgk duit keluar masuk berapa juta..Apa lagi yg mereka harapkan selain bonus.dah la x de apa aktiviti ..x de apa event yg bos2 approved..x ke bosan jer rasa..

Tak aperla mamAT tHAI..kitaorg pasrah jer la..semoga ada rezeki lain Allah nak bagi..Insyaallah..

Monday, August 8, 2011

Semoga Dapat Membantu..

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”


Quote:
Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Anak Hyper/Nakal - Ya Allah..sabarkanlah imanku..

Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Dan sebaliknya kalau kanak-kanak bersifat pendiam dan tidak nakal maka ianya bukan semua petanda positif. Oleh itu jangan terlalu risau kalau kanak-kanak nakal sekiranya berusia dibawah tujuh tahun. Ini kerana kenakalan kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun itu adalah tanda cerdik. Kanak-kanak dibawah usia tujuh tahun, nafsu negatifnya masih terpendam. Kenakalan itu adalah kerana akalnya yang aktif bukan fizikalnya..
Namun demikin apa yang perlu difahami dan di beri perhatian ialah apakah kenakalan kanak-kanak itu bernatijah baik atau buruk. Maksudnya kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu duduk diam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap termasuk bercakap sendirian, banyak benda yang dia mahu, suka menconteng kertas, banyak benda yang dia usik, ini adalah lumrah kepada kanak-kanak yang cerdik. Bahkan kadang-kadang suka memanjat atau melompat dan jatuh hingga kesakitan. Namun kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri. Tidak kepada benda atau orang lain. Ini yang dimaksudkan nakal bernatijah baik.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan kepada keluarga. Biarkan saja, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menjadi nakal buruk. Jangan disekat dan dihalang tetapi salurkan kepada berbagai aktiviti. Rajin-rajinlah melayaninya termasuk melayaninya bercakap dan menjawab soalan. Rajin-rajinlah membawa keluar seperti pergi zoo, taman reakrasi, pantai dan seumpamanya. Melalui cara ini akan mempercepatkan lagi perkembangan akalnya, semakin cepat mematangkan akalnya. Juga dia akan rasa terisi akalnya yang cerdik itu.

Kenakalan buruk pula dibezakan pada natijah atau akibat. Aktifnya sama seperti diatas tetapi banyak membawa kerosakan kepada harta benda atau kepada orang lain. Contohnya memecahkan gelas minuman, memecahkan cermin almari, merosakan barang-barang permainanya sendiri. Memukul adiknya sendiri. Kalau dibawa ke Pasaraya umpamanya, barang-barang di rak akan dijatuhkan. Menyepak anak kucing, mencakar muka orang lain, suka melempar atau membaling benda kepada orang lain, suka mendesak untuk kemahuan dirinya dan kalau tidak dilayan akan menangis meraung. Menconteng dinding, menggores kereta, mematahkan pokok bunga.

Biarpun saya katakan bahawa nafsunya masih terpendam, perlu juga diingat bahawa benih telah sedia ada.
Nakal bernatijah memusnahkan atau merosakan ini tidak boleh dibiarkan, kerana ianya akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Sebab itu dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Yakni akhlak baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan. Atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan dirinya. Nakal jahat atau nakal buruk ini mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra. Hingga akhirnya layanan yang kita berikan itu menjadi ikutan kepada kanak-kanak.

Semua ahli saikoloji bersetuju bahawa bagaimana cara dan pendekatan orang dewasa kepada kanak-kanak maka begitulah perangai dan tabiat yang menjadi ikutan mereka. Kalau cara dan pendekatan dalam menangani kanak-kanak nakal dengan marah, kasar, keras, tengking, herdik, sergah, maka perangai itulah yang mereka akan warisi. Mungkin pada satu peringkat lantaran ketakutan maka mereka pendamkan saja. Namun bila diperingkat mereka berpeluang nascaya akan teserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya.

Mengenai anak hyper, sama saja maksudnya iaitu nakal atau terlalu aktif kalau anak itu berusia bawah tujuh tahun. Kalau usia anak itu lebih tujuh tahun, maka maksud hyper itu adalah negatif atau terlampau nakal, jahat dan ganas. Biasanya jahat dan ganas itu bukan terjadi secara mendadak. Melainkan ianya bermula semenjak dibawah tujuh tahun. Berpunca daripada para pendidik khususnya ibu bapa tidak tahu membezakan antara dua jenis nakal seperti huraian diatas. Hyper negatif ini sudah terbiar semenjak kanak-kanak itu berusia tiga tahun. Tabiat jahat itu hanyalah pembawaan atau lajakan dari usia sebelum tujuh tahun. Kaedah menghadapi atau pendekatan yang perlu dibuat adalah sama seperti kanak-kanak nakal jahat diatas. Cuma di peringkat ini sudah boleh di fahamkan melalui ilmu yang tepat mengenai akhlak mulia. Sudah boleh difahamkan mengapa perlu meninggalkan akhlak buruk dan difahamkan kelebihan berakhlak baik.

Friday, July 15, 2011

Demam Urat...Tulang sengal...huhuuu

Hmmm...Allah menguji lagi...lepas anak2 demam,batuk..giliran aku pulak. Demam kali ni aku rasa antara yang teruk pernah aku rasa.Alhamdulillah dapat kembali bekerja setelah 2 hari bermc. Hari pertama mc sebelum dapat drive ke klinik lepak rumah mak .ingat nak tido tapi memandangkan anak2 (umar n thalhah) ada bersama, memang x dapat nak rehatkan badan ni..terpaksa tawakkal bangun pepagi utk menyiapkan Luqman ke sekolah..ada saja ragam mereka. Aku gagahkan jua drive ke rumah mak sementara dapat tidur2 ayam n setkan jam untuk bangun ambik Huzaifah dari tadika. Tgk2 abah dah otw ambik dia,aku pun terusla lepak rumah mak. Pukul 5 baru dapat pergi klinik itu pun mintak tolong adik drivekan. Urat kaki , masyaallah..tangkap kat situ gigil sudah.Mak suruh tido rumah mak jer..memandangkan dengan keadaan aku yg tak larat nak mengangkut baju,buku segala..aku gagahkan juga la balik je rumah sendiri..insyaallah lepas makan ubat ok lah sikit..

Keesokan harinyer pun aku masih tak berapa larat..urat kat tengkuk ni rasa amatlah sengal. kaki dah kurg sengalnyer..ubat Klinik tu memang piaww..aku tidur pun macam bisalah berjaga jaga jer..memang x tidur dengan lena.bangun pagi hantar luqman sekolah..dapat juga hantar Huzaifah ke tadika..suka sangat dia..sebab banyak kali dah janji nak hantar ibu tak dpt tepati..hari ni walau tengkuk rasa lenguh2 lagi kaki ibu dah ok skit dapatla hantar dan ambik huzaifah. Sebelum tu dah siap2 hantar lagi 2 org kerumah mak.Ckp ngan mak nak rehat kat rumah selubung.Alhamdulillah barulah dapat tido dengan nyenyak sikit walau pun badan rasa masih sengal2..badan pun dah berpeluh.jam dah nak pukul 11 bersiap ambik Huzaifah,bawak pergi makan..belikan dia apa yg dia nak(selalunyer jambu n air jambu) kali ni nak air kelapa pulak dengan kuih..nampak dia seronok ibu dapat ambik dia kali ni..kegembiraan terpancar kat raut wajah nyer yg comel tu..

Keje kat office aku dah tak hirau sangat dah.Mungkin sebab sepanjang minggu lepas banyak kali keluar office masuk office..naik turun bangunan..turun naik kereta,.memenatkan..aduhhhhh..sampai bila x tau lah..nak kena cari seorg runner utk buat keje 2 tu..tapi ntahlah..sampai bila jodoh aku dengan tempat keje ni setelah hampir 5 tahun perhambakan diri..Abg kata kalau badan x sihat x payahla dtg keje..kalau x sebab t/jawab dan ada benda urgent nak kena buat aku dtg jugakla ..esok dah cuti balik..lagipun cuti pun dah habis lepas tolak cuti raya..abg kan nak balik cuti nanti..rinduu rasanya..mungkin kah demam kali ni demam rindu?..hehe.hari2 pun rindu tapi kenaapa x hari2 demam?..leh mc lagi..haaaaaa

sementara bos2 tgh meeting tergempar bolehla aku meluahkan isi hati ni dan lepas ni dah nak sambung keje balik..tata titi tutu...

Monday, July 11, 2011

Macaroon class.....9 July

Ni nak citer skit dengan memember..sabtu lepas kita gi kelas buat macaroon. seronok gak lebih2 lagi ticernyer n participant semua sporting2..ticernyer pun admit yg group kitaorg ni memang happening..dengan lawaknyer..dengan soalan2 yg membanjiri otak pemikiran ticer..daripada ticer tu kata badan rasa nak demam terus sihat dek penangan kitaorg ni..hehe..syukurlah at least meriah juga rumah ticer kak kama azura dengan telatah kitaorg ditambah dengan riuh rendah anak dia nangis..
Dah lama actually nak attand kelas ni...asyik posptpone jer at last alhamdulillah berjaya jugak. Baru lah tau yg experiment aku secara solo selama ni ada cacat celanya.penting jugak praktikal sebenarnya.Syukur sangat dpt join.

cuba layan gambar ni dulu..nanti kita leh kongsi2 pengetahuan yer kengkawan:)







Peralatan yg diperlukan...















Kami..

Monday, June 20, 2011

Terjumpa sajak lama....

Dup Dap Dup Dap Jantungku berdegup
Resah gelisah tidak keruan
menanti saat2 melahirkan

Doaku agar kandunganku sihat
walau badan tidak henti bergerak
anakku sayang dengarlah nasihat
jadilah manusia yang berguna kelak

dalam hati hanya Allah yang tahu
kerisauan ibu menunggumu
moga dikuatkan kudrat ibu
menunggumu tidak kenal jemu

ibu redha ketentuan ilahi
walau hati ibu sentiasa sunyi
namun masih ada yang menemani
yang akan menjagamu abangmu sendiri

harapan ibu kamu tak lupa
mendoakan ibu selamat sejahtera
bersama abah yang tercinta
dapat sama2 melayar bahtera.

Sajak di atas aku jumpa masa kemas2 rak buku kat rumah,dalam diary lama tu terselit sajak ni..rasanya masa ni aku tengah ngandungkan Huzaifah. hehe..

2 Month to go...

Haii..lama x luahkan perasaan kat blog ni..dah hampir 5 bulan abg kat sana.Rasa abg dekat dengan kami walaupun tak bersua muka..actually boleh wechat or skype (wechat pun dah x de kat facebook).Memandangkan masa yang amat terhad melayan anak2 dan lain2 limit sangat masa utk bersua muka di alam maya dengan abg.Kami selalu ber bbm kuranglah rasa sunyi.Walau kadangkala sayu jer hati.

Kehidupan semenjak berpindah semula kerumah (sebelum ni weekend je tido kat rumah)alhamdulillah hari2 semakin bersemangat dan masa menjadi teratur walau kadang kala ada terlambat sikit ke tempat kerja but jarang sekali.Lebih baik daripada anak2 asik berjaga jaga malam jer sebab tak boleh tido. Mungkin sebab rumah mak dekat dengan laut,bahang tu kuat. Nak pasang aircond hari2 alamat beratus ratus la bill eletrik rumah mak. Untuk tidak menyusahkan sesiapa,aku ambik keputusan untuk stay kat rumah sendiri lagi puas hati dan tak perlu sibuk2 nak angkut baju2 dan lain2 lagi.

Pagi2 siapkan luqman ke sekolah, Huzaifah ke Tadika Pasti tak menjadi masalah sebab masing2 dah besar senang nak kejut dan bersiap tu jer kena bising2 sikit sebab dorg suka lengah2 bila pakai baju mengalahkan ibu lak nak bersiap gi keje.

Malam tadi bawak kete dengan anak2 pi tapau tomyam dengan kailan ikan masin request by Luqman Hakim, Huzaifah nak air tembikai..balik rumah makan.(ibu x larat nak masak penat berkemas) Rasa seronok nengok anak bersemangat makan. Sesekali kalau ada abah makan kat luar semua org leh turun.Cakap dengan anak2 kalau semua org leh calm down, tak kecoh2, duduk makan dendiam ibu leh turun kita makan kat restoran tu or kedai tu..tapi kalau masing2 tak leh dok diam,ibu buat camtu jerla..ibu order...anak2 dok dalam kete kejap.sesambil ibu pantau2..dah siap kita balik makan kat rumah..masing2 diam dan tau dorg tak leh dok diam..hehe..faham diri sendiri dah nampaknya..




Gambar budak happy..hehe

Thursday, May 26, 2011



Loly Choc Bear
1 pc = RM1.20





Truffles- blueberry flavour white choc deep and coated with choc rice,dried coconut.
(For My Sis sebab score dekan last sem.) congrats ! keep it up..

Thursday, May 19, 2011

corat coret II

Mengantuk nyer sejak menjak ni..bukan hari ni jer,hari2 pun aku ngantuk bila sampai opis start nak buat keje. Untuk tidak membiarkan syaitan bermain-main dikelopak mata aku..ambik air sembahyg jap..tak de benda urgent aku lari jap ke surau dapat gak solat Dhuha..alhamdulillah..kurg dah ngantuk aku pun menaiplah kat blog tempat aku luahkan perasaan ni..hehe..harap berhasil lah antara makanan rohani aku ni..ye ke?

Macam biasa minggu ke minggu ..berpindah randah dari rumah mak ke rumah sendiri ..dengan aktiviti yg hampir sama hari hari ,apa lagi nak buat..nak beriadah kena tunggu ada adik beradik accompany.kalau tak aku ngan anak2 boring2 naik je la kete ronda2 mana yg boleh..cumanya tak dapat keluar dari kereta.Anak2 boring dalam kereta cari port yg tak hingar bingar dengan org sgt biarkan dorg berlari-lari sana sini..janji x de tempat org jual jajan n mainan..kalau hari2 beliii jer tokey balak pun leh bukak kedai jual pallet (utk arnab) hehe..dalam hati berdoa dorg tak lasak ke merata tempat supaya senang aku handle dorg...

Gambar di bawah ni sesaje je ...survey2 untuk Luqman n Zaifah..fikir2 kalau beli 2 umar pun nak jugak..faham jer la umar tu..apa org ada dia nak jugak..hmmm...fikir2kan budget dulu...












tak pun ..belikan dia yg ni jer la...
sukalah pulak usya2 toys2 sekrg ni..nak bagi anak2 gumbira..tapi kang leka pulak main jer..hmm..cari buku2 lah pulak...

Tuesday, April 19, 2011

Corat coret ..

Hampir 2 bulan dah abg diperantauan. Kami di sini amat merindui abg walaupun ada wechat or skype dengan abg. Abang tak de bersama terasa lain sekali...anak2 bergantung dengan ibu jer..nakkan perhatian dgn ibu jer..sampaikan ibu kekadang tension dan letih dengan karenah anak2. Tapi, ibu kena banyak bersabar dan redha dengan ketentuan Allah .Ibu percaya ini satu ujian. Setiap kali balik dari office,Insyaallah kalau ibu tak tension jugak..ibu akan cool dengan anak2 dan happy bila masa nak pulang ke rumah. Ibu mesti nak buy something utk gembirakan hati anak2 ibu. walaupun nenek atok marah ibu selalu belikan jajan or mainan...tapi ibu selalu ingat pesan abah selalu gembirakan hati anak2,insyaallah rezeki tu ada saja utk kita.

Abah kat sana nampak cool jer setiap kali berskype bersama. Abah lebih tabah dari ibu sebab abah orgnyer penyabar..bukan mcm ibu..ibu sampai sengal2 badan layan anak2...abah walaupun sengal2 bdn boleh lagi main kuda2 dengan anak2..ibu takut je abah pengsan kalau dah 4 org naik atas belakang abah..tu belum lagi ibu yg naik...huhuuu...

Sepanjang abah ada..weekend abah yg pergi pasar beli lauk utk masak t/hari..ni abah x der kekadang terlupa mintak tolong abah gi pasar tak berlauk la kitaorg...kalau ada telor kira ok lagi ..ni buatnya brg dapur tak beli lagi..alamatnya ibu angkut semua anak2 pi rumah mak makan itu pun anak2 x nak pergi umah mak ...weekend dorg suka spend time kat rumah sendiri..alamatnya bawak kete pergi drive thru jer lah kat mcd..hehe..kan over budget dah tu..x per sesekali..

Terasa sungguh bila ketiadaan abah..extra penat ibu hanya Allah yg tau..itu yg ibu mintak doa banyak2 Allah berikan kesihatan yg maksima untuk ibu. Itu je ...kalau ibu kat dapur at least abah leh layan dorg jap..kalau ibu membaking ke tengah melt coklat ke abah leh main buai dengan dorg..ni, asal ibu ke dapur semua kedapur..ibu ke tandas dah sikecik tu ketok2 pintu nangis2..bukan apa pun, abg2 tak pandai layan adik main..abg pun buat hal sendiri ..kejap baik sama2 nengok buku..pastu dah gaduh..tarik2 rambut..cakar2..dah pp ada scar .Nasib baik x teruk scar mcm muka ibu kena cakar ayam jantan..pedihh tuu..Umar pulak asal apa yg ada kat tangan abg2..dia nak jugak..sampai abg Luqman nak belajar pun terganggu. Itu yg ibu ckp kat dia lain kali dia dok umah nenek lah..x de saper ganggu ..ucu leh nengokkan kerja sekolah Luqman. Tapi mana nyer dia nak..Sabo jer lah yer..

Ibu ada jugak dapat order dari kekawan buat choc. Suka nak buat dan semangat ..agak lama x melting..pk kan masa tu yg ibu kena pk panjang dan tanya mak or yg lain mintak tolong jagakan anak2 jap ..leh la ibu buat choc dengan aman dan teliti dan berkualiti. Ibu tak nak buat cincai2 jer..

Hari tu pun pergi Petrosains..terlewat sikit dari masa yg dirancang.tapi alhamdulillah semua berjalan lancar ..semua org happy walaupun penat jugak melayan anak2 yg nak handle diri sendiri jer..dah tu tak nampak kelibat ibu mulala menangis kat situ ..habis semua visitor nengok pameran baru..kanak2 menangis meraung panggil ibu...! ibu!..nasib baik x panggil nama ibu sekali..kalau tak glamour skit ibu masa tu..huhuuu
Sebenarnya ibu suka nak bawak anak2 ibu gi jenjalan..ada org accompany boleh la..kalau ibu sensorg mau jadi tarzan ibu dibuatnya..Insyaallah mudah2an anak2 ibu nanti dah besar dah pandai kawal diri sendiri dan tak banyak ragam.

Akhir kata..macam nak bagi ucapan penutup jer ni..sesekali luahkan kat blog ibu ni untuk tatapan abah kalau abah bukak blog ibu ni kat sana..dan tatapan kekawan yg memahami diri ibu.Rasa release sikit dpt luahkan kat sini...

Monday, February 28, 2011

Keberangkatan Abang ke Dubai-27/2 @ 2pm

Hampir sebulan abg menunggu tiket akhirnya termakbul juga doa2 kami,ahli keluarga dan rakan2..masih tak puas menatap wajah abg..berbual dan bergurau senda..terima kasih abang,sebab mambantu jue menyiapkan urusan persekolahan Luqman,Huzaifah..memasak,membasuh baju,menyidai,melipat,menggosok yang selama ini jue yg buat..masa dalam temph menunggu,pernah cakap kat abg "x payah gi lah bang".Abg jadi kaget sebab kami dah berbincang lama ..aku rela melepaskan abg pergi..abg ckp,baru sekarang cakap, semua dokumen dah sedia..visa dah siap..tunggu tiket jer.aku jadi sayu.

Sepanjang abg di rumah..melayan karenah anak2..gurau senda abg..masih terngiang ngiang..abg pergi untuk jangkamasa yg agak lama.aku harap abg akan balik setiap 6 bulan sekali namun x pasti lagi..cerita pasal anak2,aku dapat rasakan tensionnyer abg dengan perangai mereka especially Umar..Umar & Huzaifah memang rapat..kadang kala tak ada apa pun ..nampak kelibat abah dia mulala merengek sana sini ..nak itu ini..elok2 tengah suap makan..nangis2 nak suh abah suapkan..apa pun abah..nak tido dengan abah..kalau abah nak keluar gi surau ke gi kedai ke mana2..nak salam, sampai 2 belah tangan..nak cium dulu..baru dia lepaskan abah pergi..itu pun lepas2 tu nangis balik ..cakap abah tak sayang mai ..(panggilan diri dia)..Umar..umar..ibu suka keletah Umar,cakap pandai walaupun pelat..banyak kerenah..kalau beli jajan ingat kat abg2 pun kena belikan..tapi bila suruh distribute kat abg2 dia yg sapu semua..pujuk2 baru lah dia bagi..kalau ibu marah naik suara ..dia akan cakap .."cakap aa elok2"..aku terus mintak maaf dan cool down..:)org kata anak2 nakal dan banyak karenah ni,anak yg bijak satu hari nanti..Insyaallah,doa ibu sentiasa mengiringi Umar dan anak2 ibu yg lain..Amin..

Dialog anak2 selepas Nizam berlepas;
Luqman:"Luqman tak nangis pun abah pergi,nanti abah balik luqman dah darjah 4"
Huzaifah:"Jipah tak nangis jugak..abah gi keje..nanti jipah besar nak gi keje macam abah gak"......(walaupun sebelum tu x nak salam abah..nak ikut)
Umar :"abah nak gi mana?"..abah cakap " abah gi keje"
Umar :"gi keje?..nak ikut.."
Umar nangis duduk kat lantai..aku pun jadi sedih..memaksa untuk tak menangis..tapi air mata keluar juga..Thalhah nengok jer dari jauh dalam dukungan makcik nyer..

Selamat Jalan abang..semoga abang berjaya dunia dan akhirat dan Allah permudahkan semua urusan abang di sana..Kami rindukan abang..:(((









Thursday, February 17, 2011

Baked Macaroni Cheese

Suka lah sangat mengepos benda2 makan ni..rasa kepuasan lak nak share ngan member2 dan follower2 ..kalau adaa..hehe
Masa ni tengah rajin ..try resepi nony (member sekolah) dulu. Masa buat gathering STAR dec lepas datang rumah dia untuk last meeting..dia ada buat baked macaroni cheese ni..lama dah mintak resepi puan nony ni bz bebenor..akhirnya dpt dan aku pun cuba membuatnya..Kawan2 nak resepi tak?...

Bahan2

400grm macaroni (direbus)
Bawang Putih/Bawang merah (didadu/cincang)
Lada Benggala bukan bangla (didadu)
Cendawan butang (didadu)
cheddar cheese (diparut)
Daging cincang 1 peket..lebih pun ok
4 Biji Tomato (Didadu)
6 biji telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Garam secukup rasa
Sos Tomato,Sos Cili
minyak

Cara2
-Rebus macaroni 10 minit
-Potong2 dadu bahan2 yg perlu didadu
-Tumis bawang putih
-Masukkan Daging cincang...
-Masukkan Lada Benggala
-Tuang sos cili & Tomato agak2 nak rasa pedas.
-Garam sikit
-Masukkan Macaroni..goreng2 sikit.
-Pecahkan telor letak lada sulah..
-Sediakan tempat untuk membakar..masukkan bahan2 yg digoreng tadi..
selang seli susun tomato..cendawan dan curahkan telor ..ulang sampai habis bahan
digoreng tadi..last sekali taburkan cheese yg dah diparut memenuhi bekas..
-panaskan oven dan bakar pada suhu 350' selama 30 minit..

Selamat Mencuba..sedap tauuuu...adik2 I suka..anak2 tak suka..hubby suka gak sesikit..hehe


Umar turn to 3 years old

11hb Feb.hari tu harijadi Umar.Kesian Umar..ibu abah hanya dapat belikan kek,mainan & yuyu jer untuk Umar.Itu pun Umar dah cukup happy. Insyaallah Umar dah tak banyak ragam sangat macam selalu, ibu akan buatkan besday party..hari tu kitaorg sambut kat rumah mak jer..abah bacakan doa..aku bawak nasi goreng...makan ramai2..

cerita pasal Umar..aku pun pelik kebelakangan ni dia selalu meragam.satu hari mesti nak nangis.Peliknyer bila abah dia tak der kat rumah (pergi surau ke keluar mana2) tak pulak dia meragam..elok jer duduk rumah main dengan abang adik.Mungkin sebab abah dia ada aura menangis..huhuu..atau mungkin sebab abah dia nak pergi terbang dah tu yg dia merengek jer..pendek kata tak boleh nengok abah dia balik..ader je benda nak dia rengekkan..aku jadi pening.Kadang kala bukan apa pun..setakat nak salam..cium..sebelum abah dia pergi mana2..salam cium tu pun berkali kali..kena sabar ditahap yg maksima dengan Umar ni..



Abah membacakan doa...









Jari menunjukkan Umar dah 3 tahun..

Tuesday, February 8, 2011

Luqman dan Pakcik Eskrem



Kisah Luqman Hakim ni..asal balik sekolah Agama nak beli eskrem..kalau tak de duit lagi tinggal dalam poket cari2 ibu dulu..mintak duit..sekrg dah pandai skit berbelanja..kalau hari2 0.50-1.00 seminggu dah RM5..sebulan berapa pulak...tu tak masuk nak singgah kat gerai org jual kueh..Luqman lapar lah ibu..tu jer la perkataan dia bila balik sekolah.Tapi x per..ibu tak kisah..Luqman nak apa pun ibu boleh bagi asalkan Luqman dengar kata Ibu..inikan pulak beli makanan untuk Luqman makan..Ibu ni nampak jer garang tapi dalam hati ibu ada kindergarden...hehehe

Thalhah bulan depan setahun sudah...


Thalhah dah tak nak duduk kerusi ni lagi..mesti nak berdiri

Thalhah dalam proses belajar berdiri sendiri.Kalau tak der abg2 ganggu dia main sorg2 dengan tekunnyer..

Suka dengan pancing tu...comel tak saya?
Besar dah Thalhah, ibu macam tak percaya Thalhah dah nak masuk 1 tahun bulan depan.Sekejap jer masa berlalu..En.Nizam pun dah nak berangkat tak lama lagi..ibu rasa sayu bila terkenangkan bab2 ni..macamana lah agaknya ibu nanti....huhhuuu

Cake Series

Semenjak dua ni aku suka sangat membaking dan memarble...pic kek seperti dibawah ni selain dari yg beraising tu buatan sendiri.Bila anak2,hubby,family suka makan aku pun suka membuatnyer..lebih2 lagi bila semua kelangkapan dan bahan2 dah sedia ada..Umar pun dah kurg mengacau kat dapur..bagi dia leka2 skit..kalau ada pun dia kacau sesikit tu adatlah..aku tetap teruskan membaking..sekejapan dah siap..yg penting moist dan lazat...yehaaaaaa

Kek Strawberry Marble









Kek American Marble - American la sangat..










Kek Chocolate Moist dari Secret Recepi









Kek Birthday Anizah..budak office..coffee mocha..










Kek Orange Marble

Thursday, January 27, 2011

Daisypath Anniversary tickers