Thursday, December 30, 2010
Anak2ku
Sessi berebut barang..."Thalhah:Bagilah abng umar.."
Umar:"Nanti abg betulkan yer...tengok jer jangan kacau"
hehehe
Thalhah sedang khusyuk memerhati ikan2 di dalam akuarium..
"Nak berenang jugakla macam ikan2 ni"
Tuesday, November 16, 2010
Abah oh Abah..
Masa berjalan begitu pantas..en.nizam dah standby barang2 untuk di bawa ke sana.En.Nizam akan meninggalkan aku dengan anak2 selama 3 tahun.huhuuuu...sedihnyer..tak tau lah macamana situasi bila en.Nizam tak ada bersama melayan karenah anak2 dan sama2 berkongsi cerita...teknologi memang tak dapat memisahkan kami cuma keadaan begitu berbeza...En.Nizam perlu mencari pembaharuan dalam hidup..Peluang datang sekali..En.Nizam perlu grab..aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk nyer..Harap2 En.Nizam success.
Monday, October 25, 2010
Thalhah dah nak masuk 8 bulan
Ini lah gambar Thalhah yang terbaru..dah dok walker pun..dan dah pandai juga buka2 laci ..asal yg boleh dicapai habis dah dia kemaskan..seronok jer dengan keadaan Thalhah sekarang ni..dia pun dah pandai menyarap dan dah nak merangkak pun..Alhamdulillah dengan anugerah yang Allah berikan atas perkembangan anak2 aku ni..
Kek coklat kukus
Satu kegemaran yang tak boleh nak tinggal dah...asal ada peluang dan ruang + barang2 pun ada aku mesti nak membaking..sampai anak2 aku naik heran..ibu ni asik kek kek kek..padahal dorg gak lah yg 'sapu'sampai licin..kek coklat ni aku kukus.toping dengan coklat cair pastu tabur colour rice..sonok lah rasa membaking walaupun Umar selalu nak nolong sama..
Dinner at Concorde Hotel
Sempena kitaorg certified ISO 9001:2008 hari tu...aku terpaksa meluangkan masa arrange dinner untuk staffs...padahal hari tu ada training ..punyerlah kelam kabut bos aku punya arrangement..pendapat org sumer tak betul..akhirnya berjalan dengan lancar.Kepada yg tak dapat menghadirkan diri dan sesaje tak menghadirkan diri tu memang rugi.Siang2 aku ingatkan pada yg tak datang tu supaya pandai2 simpan rahsia dengan big bos yg dok kat Thailand tu kalau dia tanya how's your dinner?..haaa..jangan jawab I am not going bos..mendapatlah nanti..
Wednesday, October 20, 2010
Birthday Abah ke 65
Isnin lepas 18 October birthday Abah..x tau nak celebrate macam mana untuk abah kali ni..maklumlah hari bekerja dan masing2 ambil masa jugak untuk sampai kerumah seperti yg dirancang.Alhamdulilah ala kadar jer..belanja abahmakan Pizza kat shah Alam..tempat baru nampaknya sebab masih tak begitu ramai customer..besar jugak tempatnya sebelah jer KFC dan di tengah tengah ada tempat untuk bebudak main..sonok lah anak2 aku..pantang dapat tempat lapang suka sangat dorg berlari larian..:)
Dari kejauhan ni sempat aku ambil gambar org tengah ngamuk dengan cashier Pizza ni kat depan ..siap dicampaknya pizza yg dalam kotak tu berkecai sumer isi2nyer..semua gara2 order lain bagi lain..masing2 kat dalam terpinga-pinga+takut sebab pergaduhan melibatkan kaum Indi..paham jerla..dah tau vege yg dok order makan kat Pizza awat?..order salad tu aku rasa logik ..bukan ke buat pizza pakai telor?..hmm...
Masa ni Thalhah pun dah ngantuk..x de mood pun nak ambik gambar..hehe

Friday, October 1, 2010
Baru balik lunch..fuhh..sedapnya makan ikan panas2 baru digoreng..lama dah tak balik rumah makcik makan lunch..semenjak aku ngandung ari tu sampai la ni..makck aku tau aku lma x datang tak masak lah dia..masak ala kadar jer ..maklumla makcik aku tinggal sorg dengan anak jagaanya. Entah kenapa bila makan kat luar lauk2 campur ni aku rasa cam tak selera dan mesti tak habis.Mungkin air tangan makcik aku ni uat aku selera kot.
Lagi pulak sebab ada 2 org budak pompuan yg cute..sebaya ngan Umar..sempat ambik gambar..ingat dah dorg sebut nama aku acik juliana..walaupun ada pelat2 skit..

Sunday, September 19, 2010
Foto2 Hari Raya
Friday, September 17, 2010
Raya 2010
Alhamdulillah..Allah telah memanjangkan usia kita untuk meraikan Aidilfitri setelah melalui Ramadhan Al-Mubarak..terasa sayu hati dengan kemenangan ini..Syukur dengan rezeki yang telah Allah berikan kepada kami sekeluarga..
Raya kali ni kami beraya di Kulai dulu..kampung En.Nizam..balik hari rabu pagi dan dapat lah kami berpuasa satu hari di kampung..anak2 seronok dapat main bunga api dan bertemu dengan sepupu-sepupu dorg..aku pun tumpang seronok tengok anak2 seronok walaupun penat melayan karenah dorg..Raya kali ni rasanya amat bermakna sebab tak ..kami betul2 beraya dengan erti kata berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai..dapat juga bertemu dengan Rosmawati & Shitah kat Mutiara Rini sesambil raya niat dihati untuk melawat teman lama sekolah STAR dulu..Rose pulak dalam keadaan yang tidak aku sangka dia bakal menjalani pembedahan jantung..

Raya 2010 - kek utk mak
Sunday, August 29, 2010
Kesempatan yang ada..biskut raya kelam kabut ..
lagi satu biskut berjaya di siapkan walaupun sememangnya aku dah macam org x betul sambil layan anak2 yg separuh dah menghabiskan biskut ni..aduhaii anak2 ..baru raya ni ibu nak buat biskut sendiri korang dah beraya dulu..x per la anak2 ibu oiii..ibu buat pun bukan untuk hiasan kan...huhuuhu..Ini lah biskut oren bersalut coklat
dah siap bakar
celup dengan choc..ada comot skit
dah siap bakar
celup dengan choc..ada comot skit
Kesempatan yang ada
Tak lama lagi jer nak Raya..persiapan ala kadar jer tahun ni..alhamdulillah..Allah beri nafas lagi untuk menjalankan ibadah puasa..dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan tabah..dalam tabah2 aku ni..kekadang x sabar juga melayan karenah anak2 aku yg makin membesar ..terutama Umar..keaktifannya membuatkan berat badan aku semakin menurun..namun aku bersyukur Allah beri kesihatan.
Cuti nuzul Quran yang lepas sempat jugak la aku shopping baju raya anak berseorangan. Kalut jugak sebab rasanya ni first time aku beli baju raya anak sorg2..tak de en.Nizam aku nak bertanya pendapat...malas nak pikir2..mana sedap mata aku mandang..ada discount..aku ambik jerla..shopping kali ni kat JJ bukit Raja..seawal pagi dah sampai memang la nampak lengang walaupun parking kete dah separuh penuh..alhamdulillah..menepati budget dan masa..segera balik untuk beli barang dapur pula..beli brg dapur kat tempat lain..lagi murah dari JJ.Bayangkan la betapa kudrat ku satu hari ni..paling penting alhamdulillah mak & adik aku sudi tengok2 kan anak2 aku sementara aku pi shopping.
Sabtu tu pulak..projek biskut raya..resepi pilihan jer..dapat 2 ke 3 jenis jadi lah..boleh la bawak kerumah mak & mak mertua sikit..Nak nengok tak kuih apa?
jeng jeng jeng...

Friday, August 20, 2010
Luahan rasa..di bulan Puasa
Lama juga tak jengah blog sndiri..hampir lupa ada blog ..Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni dan bakal tiba Aidilfitri Insyaallah..amat sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga..x sempat nak meluahkan segala terbuku di hati ..boleh kata ini lah tempatnye mereleasekan tension dengan mencoretkan serba sikit aktiviti diri sendiri untuk tatapan diri sendiri juga rakan2 yg melawati blog ni..
Boleh dikatakan sepanjang Ramadhan ni alhamdulillah..Allah kurniakan kesihatan untuk meneruskan rutin harian.Tahun ni tahun pertama kami train Luqman untuk berpuasa..hari pertama nampak alhamdulillah..semangat ..dah hampir petang mula la Luqman merengek nak minta minum.makan..sedaya upaya memujuk juga..Luqman kadangkala bolehmenerima apa yg dinasihatikan kadang kala memberontak juga dia..apa pun aku dulu masuk darjah satu baru mula berpuasa...so far 2 hari dah tinggal..semoga Luqman dapat meneruskan sehingga ke Aidilfitri ..
Rutin di tempat kerja dengan rumah sedikit sebanyak membuatkan aku keletihan sampaikan tak sedar en.Nizam balik dari solat terawikh kat surau.Siap2 solat ,ngaji aku dah terlena dengan melayan anak2 yg kekadang tak nak tido selagi aku tak tido sama2 ngan dorg..kain baju yg menunggu untuk di lipat pun dan membukit..tapi apa kan daya..waktu sahur pulak syukur kami masih tak terlajak walau sepenat mana..apa tak nya..en.Nizam lah alarm clock aku..hehe..malam tu dah siap2 masak nasi..lauk pulak dah simpan dalm freeze..kekadang en.Nizamla yg siapkan semua atas meja..aku bangun dan patik bersantap sahaja..mengejutkan Luqman pun tak susah mana..
Cerita pasal anak2..planning untuk beli baju raya asik pospone2 jer..nak cari masa sesuai selain hari cuti..rasa nak ambik cuti tapi kerja pulak berlambak tak sudah2..
apa pun akumesti cari hari yg nak dekat2 raya nanti untuk bershopping tanpa gangguan..yg pasti tak boleh bawak hero2 aku tu..kalau bawakmau nyer tak terbeli baju asik perati dorang yg tak boleh nak duduk diam..nak mintak tolong makcik2nyer escot masing2 bz dengan urusanmasing2..nasib baik mak offer untuk jaga dorg..harinya mungkin esok kot..hm..aku pulak kalau pergi sorg mcm tak syok pulak...saper nak ikut akushopping?..angkat kaki..!!
Cerita pasal Thalhah..nak masuk 6 bulan dah anak ibu sorg ni..dah start makan pun..sesekali bagi nasi blender dengan kismis..epal..carrot ..kurma ..kalau air suka sangat dia jus oren yg diperah..sesekali suap kat mulut dia..aduhh sedapnyerrrr..ih ih..aku lak yg over the acting..sempat snap gambar Thalhah terbaru..

Subscribe to:
Posts (Atom)