Tuesday, August 25, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..
rasa sayu jer setiap kali bulan Ramadhan tiba....bulan ni lah masing2 berebut untuk melakukan amal kebajikan untuk bekalan kita ke akhirat kelak..Insyaallah

Dalam keadaan aku yg tak berapa cergas seperti biasa..semangat untuk berpuasa masih ada walaupun kali ni aku rasa seperti tak bersemangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti yg lain dengan pantas dan cerdas...entahlah pregnant kali ni aku rasakan lemah setiap anggota badan...


sambung keje jom...



Sunday, August 16, 2009

Hari Letih sedunia part 2

Akhirnya aku tau dah kenapa aku letih tahap melampau 2 3 minggu yg lepas. Selalunya tak macam ni walaupun kerja yg melimpah-limpah saban hari..kali ni aku betul2 risau...tak cukup ke supplement yg aku ambik selama ni?..bila di tenung-tenung dan di jeling-jeling..hmm..macam tajuk lagu lak dah..rupanya..................................
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sayu jer nengok muka umar lepas nangis...bukan ni sebenarnyer...aku kalut la nak citer ke tak?...

Kat Taman tempat tinggal aku ni ada buat cabutan bertuah..sepatutnya nak buat makan2 hujung minggu ni..memandangkan kepada nasihat dan permintaan org ramai berkenaan dengan wabak H1N1 yang menular...terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan aktiviti cabutan bertuah.AJK sumer naik lori dengan hamper2 untuk dicabut ahli2nya dari rumah kerumah. Sonok gak..ada jugak rumah yg tak join padahal satu taman..apa lah dorg ni..sebelah rumah aku ni kompom lah tak join..ramai2 kat taman ni org hindia..abg aku cakap cuma 3 family je yg join mesyuarat ke apa2 aktiviti taman ni buat...lantoklah dorg..so..hamper tu aku cabut dapat no.51..jajan anak2 aku lah tu..






Sunday, August 9, 2009

Kelebihan berdiam

Bismillahirrahmanir rahiim.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara
yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara
tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di
dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang
menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi
di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang
dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-
sia. Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang
berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi
lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada
orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat
pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai
kelebihan diam yang
bermaksud: "Barangsiapa yang banyak
perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya. Barangsiapa yang banyak
silapnya, nescaya banyaklah dosanya.
Dan barangsiapa yang banyak dosanya,
nescaya neraka lebih utama baginya"
(Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". (Riwayat
Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas
dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK
SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN
ORANG LAIN.

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA
TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak
dapat bercakap kearah perkara-perkara
yang baik. Bicara yang baik adalah
lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada
diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,
Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan
pesanku biarpun satu ayat... "

Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita
dinasihatkan hendaknya kita banyak
berdiam (berzikir di dalam hati) dan
Senyum selalu ... kerna senyum itu
adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Wasalam... .

Thursday, August 6, 2009

Hari Letih sedunia

Assalamualaikum sumer...
Lama rasanya tak jengok blog sendiri dan blog rakan2...sekrg ni terlalu lah banyak keje dan terlalu padatnya masa yg harus aku tumpukan kat kerja..kerja..kerja..sampai nak bertenet cam dulu pun payah..sampaikan time makan aku pun terlajak ....bla bla bla..dah pukul 5 balik keje pun kekadang terlajak..dah la tak leh claim OT..kerja kena settlekan ..aduhhh...letih semua urat sarap..

Cuti 2 hari balik kpg..adik ipar melangsungkan perkahwinan..teramatlah penatnya mana layan anak2 aku yg lasak2..mana menjadi org dapur menyiapkan lauk pengantin ..dan sebagainya..sampai laaa ni masih terasa keletihannya. Lebih2 lagi skang ni terasa tekak ni tak sedap jer..perut mual2..aduhai....kenapa dengan aku ni ??..Ya Allah..bagi lah kekuatan..

Kerja pulak hari ni macam kelam kelibut..dengan urusan bank..beli brg2 pantry, stationery..pastu pi ambik bangla kat klinik..aduhh dah lah pening paler ..ditambah dengan aroma yg bangla2 ni bawak..pitammm aku weyy..Bangla ni pulak macam2 sakit ..kerja tengah menimbun..terkejar sana sini..balik rumah jer masak..kemas2 rumah sikit...baru ambik anak kat rumah mak...bayangkan la...betapa letihnya aku..

ni pun aku dah mula nak lelap..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......bersambung....
Daisypath Anniversary tickers