Sunday, July 5, 2009

Rombongan Luqman Ke Melaka




Sabtu lepas Luqman mengikuti rombongan Ke Melaka anjuran Tadika Al-Kindi Garden.
Exited sungguh Luqman awal2 dah tido takut terbangun lambat sebab bas nak gerak pukul 8. 7.30 pagi dah kena standby. Seronok jer luqman sebab ini lah first time Luqman naik bas dan first time pergi jalan jauh tanpa aku & family.Risau jugak macamana kencing, buang air besar (nak sebut be*** jer tadi).tak perla..ticer2 ramai leh bantu..lagipun Luqman dah pandai ke toilet sendiri kecuali yg besar ..belum pandai sangAt. Dari rumah aku suh Luqman buang puas2..

Dari atas bas aku nengok Luqman kecikkk jer dengan bas yg gedabak. Aku lak yg sedih dari bawah Luqman lambai2 kat aku..huhu..macam nak melepaskan anak pergi belajar overseas plak..hehe..mudah2 an..Luqman pulak yg cakap kat aku..."ibu jangan nangis tau..nanti Luqman balik kita jumpa laaa,ibu jangan risau.." itu lah pesan Luqman. Luqman dah pandai cakap yg unexpected words betul2 surprising us.

Petang tu dijangka rombongan dari Melaka sampai pukul 5.30, teacher Luqman bagi msg delay until 7, dpt msg lagi mungkin sampai lewat sebab bas rosak. Aku risau sebab dah lewat malam cian ngan Luqman. Akhirnya 10.30 mlm bas pun sampai. Aku tunggu Luqman kat pintu bas nengok Luqman dengan mata yg kuyu..tido dalam bas. Sampai jer kat rumah terus mandi ..tido balik..letih betul Luqman.

Pagi tu baru lah dpt dengar Luqman cerita pergi zoo Melaka..tengok zirafah..harimau..dan macam2 lagi..sempat jugak ticer tolong belikan Luqman cenderahati dari sana..iaitu pistol kayu yg tembak pakai getah tu..hehe..abah dia yg main ..hahah...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers