Wednesday, February 26, 2014
22/2/2013 - 22/2/2014 --------> Malaysia - Qatar -------> 1 year already .....
Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog..x meluahkan rasa di laman ini.
Pejam celik pejam celik dah setahun kami menetap di Qatar ni..rasa masa berlalu begitu pantas.Dalam masa setahun ni banyak sungguh dugaan dan onak duri telah kami lalui. Anak2 semakin banyak belajar erti hidup di negara orang dan semakin bijak juga dalam pelajaran mereka. Alhamdulillah ..Allah memakbulkan doa2ku. Usaha dan ketekunan mereka amat aku kagumi walau kadangkala aku rasa sangat tegas dengan anak2 soal pelajaran. Kadangkala mereka merungut sebab asyik melalui class test yg boleh dikatakan ada setiap hari. Sedaya upaya aku n suami cuba untuk memberi semangat dan dorongan kepada mereka. InsyaAllah Allah menguji umatnya semampu mana dia menghadapinya.
Madinah Al-Munawwarah (29/1/2014 - 8/2/2014)
Makkah Al-Mukarramah
Alhamdulillah..kami dipilih Allah untuk menjadi tetamunya.Beribadat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram..sesuatu yg tidak dapat aku gambarkan amat bersyukurnya aku dan keluarga dapat mengerjakan Umrah dalam jangka masa hampir setahun kami berhijrah. Sungguh hati sayu dan pilu tatkala menjejakkan kaki di bumi para anbiya dan kota suci Makkah...Perasaan yg bercampur baur.walaupun banyak juga dugaan selang beberapa hari kami berangkat ke tanah suci...aku anggap semua itu ujian Allah belaka. Setakat mana aku mampu mengatasinya. Terima kasih ya Allah atas kasih sayangmu..
Perjalanan kami mengambil masa 26 jam termasuk berhenti rehat dan solat. Kawasan mana yg kami berhenti tu tak dapat dipastikan oleh kerana keletihan. Letih tidur duduk gitu lah...nak cerita tang anak2..yg tidur ok la tidur..yg x tidur pun satu hal..dok ngacau org lain tidur..beruntung sungguh anak2 aku dalam usia muda gini dorang dapat ke tanah suci..Alhamdulillah..
continue ...
Subscribe to:
Posts (Atom)