Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2,mak,ummi,mummy,mama,bonda dan apa saja gelaran pun,anda adalah yg terhebat ..kepada yg sudi jengah ke blog ni..ucapan selamat hari ibu khas untuk kawan2 ,kak mili,red,kak chah,hani,anis,zana,ima,kak eja (rakan2 ss)yg tak mudah untuk dilupakan nama2 kalian..x lupa siti nursaha,azura,shafikah,epah,tantie,meriam dan yg lain..
bangga betul jadi ibu walaupun kadangkala runsing dgn perjalanan hidup ni yg dah tentu telah ditetapkan oleh Allah. Pengorbanan seorg ibu tak dpt dinilai walaupun dengan emas dan intan berlian..kasih sayang ibu sejak dari dalam kandungan, dengan bermacam ragam dalam tempoh2 tersebut..sampai tempoh bersalin..berpantang..dan seterusnya..dengan susu yg mengalir membasahi tubuh badan..sakit pening ibu melayan karenah anak2 yg masih kecik..sehinggalah dewasa,apakah pengorbanan yg telah kita curahkan kepada ibu? apakah perasaan yg terpaksa kita korbankan bagi menjaga hati ibu? berapakan tempoh masa yg dpt kita luangkan untuk ibu? bagaimanakah kita sebagai anak dapat memberikan kasih sayang kepada ibu kita sebagaimana mereka mencurahkannya sejak kecil hingga dewasa?.bukan salah ibu mengandung..istilah yg acap kali kita dengar..namun ramai yg membuang perkataan bukan dan gelaran ibu hanyalah sekadar nama.Alangkah seronok hari ibu ini dapat serba sikit meraikan bersama ibu tercinta, cukup sekadar membawakan kek dan ucapan selamat yg x mungkin ibu kita dpt lupakan.teringat kat radio era,pendengar menyampaikan sajak sempena hari ibu..ada jugak mengalir air mata setitik dua..Setelah jadi ibu,dgn anak yg masih kecil..sempatkah aku melihat anak2 aku membesar depan mata?..berjaya dunia dan akhirat?hanya Allah yg maha mengetahui...

Luqman ada bagi something sempena hari ibu..Luqman buat kat sekolah..xcited tunjuk kat aku...ibu appreciate it..tq Luqman..ibu sayang Luqman dan adik2...




pagi2 dah sibuk buat choc lagi..untuk anak2 makan..inilah hasilnya..lepas selesai masak untuk tengahari pula..letih juga satu hari buat itu ini...dah tu gg pulak tetiba berdenyut denyut..aduhaii..layanlah gambar choc saya ni..




Daisypath Anniversary tickers