Wednesday, February 26, 2014

22/2/2013 - 22/2/2014 --------> Malaysia - Qatar -------> 1 year already .....

Assalamualaikum... Lamanya tak update blog..x meluahkan rasa di laman ini. Pejam celik pejam celik dah setahun kami menetap di Qatar ni..rasa masa berlalu begitu pantas.Dalam masa setahun ni banyak sungguh dugaan dan onak duri telah kami lalui. Anak2 semakin banyak belajar erti hidup di negara orang dan semakin bijak juga dalam pelajaran mereka. Alhamdulillah ..Allah memakbulkan doa2ku. Usaha dan ketekunan mereka amat aku kagumi walau kadangkala aku rasa sangat tegas dengan anak2 soal pelajaran. Kadangkala mereka merungut sebab asyik melalui class test yg boleh dikatakan ada setiap hari. Sedaya upaya aku n suami cuba untuk memberi semangat dan dorongan kepada mereka. InsyaAllah Allah menguji umatnya semampu mana dia menghadapinya. Madinah Al-Munawwarah (29/1/2014 - 8/2/2014) Makkah Al-Mukarramah Alhamdulillah..kami dipilih Allah untuk menjadi tetamunya.Beribadat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram..sesuatu yg tidak dapat aku gambarkan amat bersyukurnya aku dan keluarga dapat mengerjakan Umrah dalam jangka masa hampir setahun kami berhijrah. Sungguh hati sayu dan pilu tatkala menjejakkan kaki di bumi para anbiya dan kota suci Makkah...Perasaan yg bercampur baur.walaupun banyak juga dugaan selang beberapa hari kami berangkat ke tanah suci...aku anggap semua itu ujian Allah belaka. Setakat mana aku mampu mengatasinya. Terima kasih ya Allah atas kasih sayangmu.. Perjalanan kami mengambil masa 26 jam termasuk berhenti rehat dan solat. Kawasan mana yg kami berhenti tu tak dapat dipastikan oleh kerana keletihan. Letih tidur duduk gitu lah...nak cerita tang anak2..yg tidur ok la tidur..yg x tidur pun satu hal..dok ngacau org lain tidur..beruntung sungguh anak2 aku dalam usia muda gini dorang dapat ke tanah suci..Alhamdulillah.. continue ...

Sunday, October 27, 2013

Episod penghijrahan- peperiksaan

Assalamualaikum... Sohabul khair ya ukhti wa akhi.. 5 am dah kejutkan anak2 setelah hampir separuh siap juadah breakfast n lunch box anak2 n mr.hubby. Subuh masuk pukul 4.15am.Mata pun mamai2 semalam tido lewat skit siapakan donut untuk anak2 breakfast hari ni...tak tau mana silap selalu buat ok je..kali ni keras sikit lak..huhuu..xper..ada roti sebagai penyelamat.. siap dah lauk untuk lunch my hubby kari ikan pari n timun..hehe..pepagi ni kelam kabut sikit ..my hubby pun x kisah..ada telor masin pun.Alhamdulillah..sebenornya bukan la nak cerita pasal menu breakfast or lunch box..ni pasal peperiksaan Anak2 periksa hari pertama hari ni. Entah kenapa sedih je tengok dorg sebab teringatkan semalam buat revision bersama dalam keadaan yg stress dan aku pulak ngamuk2 dengan dorang. Aku sedaya upaya luangkan masa tengok mana yg patut dorg tekankan dan paling aku kesian dengan Umar (anak no.3). Qatar baru je perkenalkan system supreme education apa tah lupa..umur 5-8 thn akan masuk gred 1. Dah dia sama gred dengan Huzaifah (anak no.2) cuma syllibus dia lain sikit. Untuk catch up semua tu aku risau sangat sebab umar pun masih baru merangkak. Suatu paksaan untuk dia menghafal semua topik. Luqman hari ni Math,Huzaifah -English,Umar-Science n Thalhah -Oral..aduii..Thalhah lagi la aku tak buat revision pun dengan dia untuk oral ni..praktis write number 1-5 jer. Harap2 Luqman,Huzaifah,Umar n Thalhah dapat jawab semua soalan dengan jayanya. Aku sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan mereka, terangkan hati dan pemikiran mereka. Ibu cuba untuk menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 walaupun rasa bersalah yg amat terhadap mereka sebab selalu push dorg sangat dalam banyak perkara. Itu semua untuk masa depan mereka juga wahai anak2...ibu tak suka buang masa. Ibu nak kamu semua tahu kita datang sini untuk menanam azam untuk belajar bersunguh-sungguh dan dapat tinggal bersama-sama dengan abah. Ibu sayang kamu semua.Good luck my son uhuk..uhukk..

Thursday, October 24, 2013

Episod Penghijrahan II

Assalamualaikum.. Begitulah lumrahnya hidup..ada pasang surut ada turun naik..hmmm..kaitan??..ada kot sesikit Alhamdulillah..selesai je urusan persekolahan anak2 tiba la masa untuk mereka menduduki test...first time x lepas sebab markah tak cukup..pendek kata tak lulus..huhuu..masa ni give up kejap sampai plan nak balik semula ke Malaysia. Kesian anak2..kami stress terlebih..paling tak sangka abahnya pun stress n dia siap planning itu ini kalau kami balik semula ke Malaysia. Sedih juga di kala ini.Lama kelamaan kami dapat juga spirit dan semangat dari kawan2 yg lagi mencabar proses persekolahan anak2 mereka. Ada yg hampir setahun tak sekolah kerana tiada kekosongan. Hampir sebulan lebih kami training anak2 di rumah mengikut silibus pelajaran yg diberi pihak sekolah. Aku ni dah la memang kalau part mengajar anak2..selalu nak panas hati n berangin jer,...minta doa Allah lembutkan hati aku ni...Alhamdulillah..bila rasa mereka dah cukup sedia,test kali ke 2 berjalan lancar dan mereka berjaya ..hanya Luqman dan Huzaifah. Umar masa ni aku sendiri tak yakin pencapaian dia untuk ambil test kali ke 2..Umar aku kena train lagi..2 minggu stay kat rumah...alhamdulillah..lepas2 tu umar pun berjaya masuk sekolah tu. Bila umar dah lepas..Thalhah pun masuk sekali sebab dia umur baru 3 tahun terus masuk reception tanpa perlu seat the test.Mula lah kami cari baju sekolah anak2 ....Syukur padamu ya Allah... Ini lah sekolah mereka...Bright Future Pakistani International School..... x kisah la sekolah mana pun...masa memula join MIQ (Malaysia in Qatar)..byk desas desus kata sekolah ni tak bagus..dari segi apa malas nak cerita panjang..Negara pakistan..u oll kaji la sendiri..bagi aku sekolah mana pun sama...kami pun dah pernah jumpa principal n teachers..mereka semua pendidik yg bersemangat waja...biarla apa org nak kata..janji anak2 dapat pembelajaran yg sewajarnya...insya Allah ..Kalau nak lagi bagus ada anak2 Malaysian sini sekolah International yg lain ..yg ada belajar bahasa jerman,France dll...kalau boleh aku nak anak2 boleh berbahasa arab selain english memang la dah guna bahasa tu dalam semua subject..dah sekolah International la kan...cumanya sekolah tu org pakistan yg punya..ramaila masyarakat mereka dalam tu....so far ada org Indonesia, Egpt, Somalia, India n Philipine n of course org Pakistan.Org egpt yg berbahasa arab pun x nak hantar anak dorg kat sekolah arab. Reason? ada la tu...Paling penting costnya tu ..banyak sekolah sini yg mahal fees nya..ya lah..lain company sponsered lainla limitation costnya. Aku bersyukur kami telah berjaya melalui fasa persekolahan mereka dengan jayanya...mabrook!!! TO BE CONTINUED-----Nak pi siap2 tunggu my little boy Thalhah balik sekolah..tunggu kat entrance je...

Tuesday, October 15, 2013

Episod Penghijrahan Kami...

Assalamualaikum dan salam Aidiladha kepada semua..Alhamdulillah tetiba muncul mood untuk menjengahkan tulisan di atas layar blogku yg tak seberapa ni..layar la konon. Sekian lama ..hampir setahun.Hampir 8 bulan aku n anak2 bermastautin ke Doha,Qatar negara padang pasir berdengung ni.Terdetik hati nak sambung coretan tak lebih dari meluahkan rasa dan untuk kepuasan peribadi. Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi kami dijangka terbang bulan februari 2013 ke Qatar. Hati jadi tak keruan. Anak2 baru sahaja memulakan sesi persekolahan.Memandangkan tarikh sebenar tidak dapat di pastikan, aku perlu menguruskan juga hal persekolahan anak2 walaupun sedar hanya 2 bulan. Persediaan sekolah ala qadar,sepasang baju sahaja setiap orang.Masih ada baju lama yg boleh digunapakai. Maksimakan perbelanjaan selagi boleh.Menetap negara orang mungkin tak terjangkau akal gamaknya..apa pun istigharah membawa ketenangan dan kami mengambil keputusan untuk bersama suami dan abah anak2 ku. Bulan December 2012 terbang juga aku melalui Qatar Airways berseorangan untuk menemui suami tersayang. Honeymoon la konon2nya,sesambil melawat kawasan dan meninjau kediaman kami di sana. Masa tu musim sejuk. Seminggu tu dapatlah masakkan untuk suami tersayang. Dalam benak fikiran mula terbayangkan suasana di luar kediaman itu,macamana la nanti anak2 aku...sekolahnya paling utama. Kawasan riadah sekitar compound tempat tinggal kami alhamdulillah serba lengkap. Kotak fikiran hanya tertumpu kepada persekolahan anak2.Maklumlah semua dalam english. Risau sangat ketika itu. bwah ni antara suasana kediaman kami..masa ni musim sejuk n time budak sekolah..so..bermaharajalela la anak2 kat park ni...dekat pulak dengan surau/masjid..(semua compaund disediakan surau). facilities lain ada swimming pool...gym..nak main bola sepak..bola jaring...main pool pun ada..cuma yerlah..masa singkat kat sini..antara nak dan x jer..
Gambar sebelah ni dalam flight...alhamdulillah anak2 amat tenang sekali dan tak banyak sangat ragamnya..tidor je sepanjang penerbangan ..kecuali huzaifah.. ###############to be continued#############

Tuesday, October 2, 2012

Catatan Suri iv

Assalamualaikum... Cerita raya dah lepas...rasanya Ramadhan kali ni memang super duper penat dan amat2lah mencabar keimanan. Apapun kena tempuhi jugak.Walaupun mr.hubby cuti lama,masih byk agenda x dpt nak laksanakan.Insyaallah semoga ada lagi masa dan ketika utk meneruskan agenda yg tergendala itu. Ada sikit masa ni dan mata masih terang sementara anak2 pun dah tidur,dapatla meluahkan perasaan serba sikit.Sejak dari minggu lepas kenduri kawin sabtu & ahad,badan x sedap n tangan lenguh2..gagahkan jugak menghadiri jemputan kahwin tu dan juga gagahkan diri juga drive sorg ditemani anak2 sahaja.fuhhhh, menguji kesabaran sungguh,anak2 dah la lasak2..dalam kereta pun macam kat taman tema...tension gak kkekadang.Masa tu kat telinga berbisik suara my hubby, dia pesan cool jer...buat macam biasa, jgn tension2..grrrrr (dalam hati).Alhamdulillah drive ke Shah Alam, Klang dgn anak2 sahaja,walaupun berkonvoi dengan family lain, time cari parking tu yg haru...sekali bukak pintu kereta berdesup anak2 aku keluar mcm itik keluar cari makan..hahaha, maklumla selalu terkurung je dalam rumah ...jangan risau anak2 ku, dah besar sikit nanti n ibu dah confident u olls leh take care off urself sure ibu will let you'll go cycling etc etc...sekrg ni macam2 anasir luar yg harus kita bendung...ibu nak yg terbaik utk u olls.. Walaupun dalam hati ni rasa sayu dan hiba bila badan rasa x sihat,x dapat nak bergerak aktif..air mata bergenang gak n teringat kat mr hubby yg jauh..masa abg ada jiwa rasa tenang,cool jer...akhir kata, semalam gi jugak berurut..alhamdulillah kurang dah terkehelnya...lepas ni kena buat keje dgn berhemah x yah kelam kabut mcm lipas kudung..(ni mesti pasal aku ngecat rumah n pasang border kat bilik anak bagai nak rak).. Selamat Malam...mimpi indah2 ye.. *selamat malam abg..walaupun ustaz Don & Ustaz Azhar pesan seperti di bawah..aku hanya boleh wassapp je la mohon maaf zahir batin..huhuuu...sob sob..nak peluk cium pun x kena...huwaaaaa

Friday, September 21, 2012

Raya di TPG & Cerita2 Raya

Alhamdulillah, setelah beraya di Kampung, kami kembali balik ke Selangor pula beraya. Kali ni kami beropen house di Rumah mak di TPG. Sempat juga bergambar bersama keluarga Pakcik Fadil yang sampai sekarang dia berahsia dengan keluarga kami tentang pekerjaan sebenarnya (upah PI -nampak dia ni macam pegawai perisik ke cid tah x tau). Pakcik ni adalah keluarga sebelah abah yg sedaya upaya mengumpul salasilah dan susur galur keluarga sebelah abah yg berasal dari melayu bugis-arab. Wallahualam....
Ini antara keluarga besar pakcik fadil n kami... @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Sementara Mr.Hubby balik raya ni n alhamdulillah hampir sebulan juga sementara tunggu tiket flight dapatla kami beraya dan berziarah sakan, walaupun hakikatnya dlm 2 minggu tu mr.hubby sibuk uruskan dokumen2 dengan embassy,jabatan sana jabatan sini.Alhamdulillah selesai urusan my.hubby sempat juga la kami berziarah ke rumah jiran dan saudara mara hujung minggu walaupun tak semua rumah dapat dikunjungi. Kekdg terfikir gak, setiap tahun kami sekeluarga berziarah ke rumah mereka, malangnya mereka tak pernah pun datang bertandang ke rumah melainkan ada kendri kahwin.hmmmm....kata abah aku, biarlah kita nak kejar pahala ziarah..dorg x tau tu..yerlahkan..buat apa nak balas2 pulak,fikir je positive dorg x de transport ke atau dorg x de org nak bawak sebab x tau jalan (padahal kete masing2 besau menjalau kauuu)..
atok dgn 2 org cucu yg aktif...lagi 2 org masa ni sedang beradu ..gi raya rumah org tido..yrlah kan dah malam dah tu sosat lak...heheh @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Raya yg terakhir rakan2 sembang-rumahtangga.net datang berziarah. Alhamdulillah, dapat juga jumpa sekian lama berkenalan...ala kadar je persiapannya, masa ni my hubby dah fly back.huhuu..Thanks to Ima,Kak Chah n Red serta suami masing serta anak2 sudi datang.
kami

Monday, September 17, 2012

Assalamualaikum wbrt... syukur ke hadrat ilahi kita semua masih sempat merasai bulan Ramadhan yg lepas dan setrusnya merayakan Aidilfitri...sepanjang bulan Ramadhan lepas terlalu banyak rintangan dan dugaan dari Allah yg telah pun aku redahi hari ke hari bersama anakanda tercinta.Ramadhan kali ni aku rasa teramat penat dari biasa dan dari Ramadhan yg lalu.Mugkin sebab kali ni aku ada terima tempahan biskut raya dan kek..lebih2 lagi Ramadhan kali ni aku berstatus surirumah,mcm2 keje la nak di buat ..dan kali ni biskut raya semua handmade...suka nak upload gambar2 biskut tersebt..(godek2 kamera ni..jap lagi lehla upload.) Tiba masanya mr hubby balik,kami anak beranak ke KLIA..macam biasala mcm2 ragam dorg ni dalam kereta..lama sgt tunggu abahnya x macam biasa.luqman n umar tido dalam kete.Sronok rasa sebab kali ni mr hubby cuti lama sikit.Dapatlah mluangkan masa lama sikit. Insyaallah kali ni mr Hubby ke Qatar pulak.Semoga my Hubby berjaya di sana. Raya pertama kami ke Kulai Johor dahulu..dapatla berbuka puasa terakhir kat kpg..layan pic la dulu..

Wednesday, July 4, 2012

Drama Tontonan Terbaru - Dejavu Di Kinabalu

Kali ni lepas Drama Seindah Sakura tamat, sambung pulak dengan Drama Dejavu Di Kinabalu Lakonan Akasyah dan Tiz Zaqyah. Last tgk Akasyah Drama apa tah dengan adik Rozita Che Wan.haaa Ayu Raudhah. Nak cerita pun x reti..kasi tgk habisla baru cerita.hehe..
* Saya sedang mambuat kalikation cookies@ n cakes yg saya akan jual ke customer.Nak kira untung n bank in to the Encik Bank.

Drama Tontonan - 3 Janji

Assalamualaikum... ok..Kisah 3 janji pula mengisahkan watak Liyana Jasmay yang amatlah sayang dan cintainya dia pada sahabatnya/kekasihnya yg bernama Kursyil,lakonan shah jazle. Meninggal kerana apa aku x tau.sebab x tengok pun permulaan cerita ni..kata nak search2 balik kat youtube pun mcm maleh je. Episod yg ke 3 kot baru aku tgk..watak ni bernama Dahlia yg dikatakan psyco sgt dengan arwah kursyil selepas org tu ningal dunia..ikutkan sinopsis banyak berlambak kat website2 dan blog2 yg bersepah kat net ni, aku saje suka2 sebab banyak2 crita drama aku suka lak tgk cerita ni. Kiranya kisah cinta bebudak kolej la ni. Zaman aku mana ada cinta2 kat kolej.Belajar je reti. Kalau ada yg nak ngajak bercinta pun buat macam tak paham.(ni bukan kisah cinta aku ek)..ngeh ngeh
Cerita ni aku suka tgk pakcik Mubarak Majid tu..kawan Dahlia lak leh suka dengan pakcik ni si Ani tu.Makcik Anim lakonn Ainina Ahmad B pulak alah faham ingat member satu kampung iaitu mak arwah Kursyil ada hubungan dengan suami nya..tidak ler suka tgk pakcik tu..suka tgk hero yg ada black belt taekwondo tu namanya Shah Iskandar .Watak dia sebagai Yassin yang memang suka dengan Dahlia banyak brkorban demi Dahlia.Sikapnya yang amat cool membuatkan aku tertawan.Sanggup mengenepikan perasaan dia demi kebahagiaan Dahlia.Namun Dahlia yang tak nampak semua tu oleh kerana Kamil yang mempunyai wajah seiras Kursyil.Rambut dah macam semak belukar dia dalam citer ni.. Lakonan isteri chef Rizz pun boleh tahan walaupun aku last tgk ia belakon masa cerita Nora Elena, dengan Shah Iskandar jugak. Macam x sesuai je dia pegang watak pompuan kureng asem.Apapun tak lupa watak maksu Dahlia dengan abang Kamil yang last tgk muka dia belakon dengan Syarifah Amani dia jadi tok iman yg setan dok goda dia je.korg pernah tgk x..x kan?..hehe..cerita tanah kubur pernah tgk tak?..haa..yg tu lah..hmmm..
*alahai kurusnya kaki dia..
*Inilah Maksu Dahlia..Rimas lak rambt tu ke depan..heee Akhir kata, cerita ni aku suka ending dia akhirnya 3 janji yg kursyl bagitau tu dah ditemui yg ada pada Yassin. Mereka hidup bahagia.Anak pun dah dua...tammat...

Friday, June 29, 2012

Tajuk Bebas...Drama tontonan

Assalamualaikum... Sidang jumaat yang mulia sekalian.. ada banyak info dan luahan rasa nak dikongsi..walaupun sedar blog ni xde sape yg nak baca..untuk tatapan diri sendiri udohlah.boring2 baca balik entry2 lelama..bila baca balik macam banyak yg nak kena improve n ada yg tahap x sedar diri je pembawakannya..hahaha... Kali ni nak cerita tentang drama2 kat tv3 sekrg ni..yang terbaru "Seindah Sakura" memang x miss dari awal episod..anak2 aku pun suka tgk,bukan apa..lagu tema tu yg dorg nka tengok..jln citer masa Syakira kecik2 dorg sukalah tgk..sebab zaman sekolah.Sambil tu aku ceritala kat dorg susah senang org xde pendapatan,susah nak makan dan sebagainya.Harap anak2 faham.Cerita ni 1st yg aku suka tgk is pengarah dia yg agak baru iaitu pelakon tu juga..Zul Huzaimi.Bagus gak jalan ceritanya,yg aku minat tu Fahrin Ahmad..Fasha Sandha tu minat gak la bila berpasangan dengan Fahrin.Malang yg taklah malang nye Fasha dah kawin pun...cer kawin dengan Fahrin,Inyaallah boleh jadi wanita solehah.(pepandaije aku, macamla kenal sgt si Fahrin tu).
Moral story ni byk..teladan dan semangat untuk berjaya, paling penting kesabaran banyak diterapkan dalam drama ni.Mana yg boleh dicontohi,yg tidak diletak ketepi. Paling geram tengok watak Anida.
;Masa ni la yg aku rasa nak tonyoh je si Anida ni..dialah penyebab kematian onyang Kira...kenapala zul huzaimy x buat scene lepas kira dpt tau Anida ni yg penyebab , report polis je..biar dia masuk jail..haaa...(emosi plak) Kira2nya si Wan Sharmila ni dah berjaya membawa watak antagonis yg memang sepadan dengan jiwa dia kot..hehehe..pepandai aku lagi..sebab dia pun biasa bawak watak antagonis..sebelum ni dalam Nora Elena sebagai vyonne.lagi aku nyampahss tahap hampas.. Ending cerita ni happy ending and aku betul2 puas tengok drama ni,walaupun banyak gangguan nak mendengar butir percakapan pelakon2 ni sebab pelakon2 dalam rumah ni lagi handal(anak2ku) Namun,watak oyang Syakira iaitu Ruminah Sidek harus diberi pujian walaupun patah dialog yg diucapkan kekadang x berapa clear..anak2 lagi la x faham...sleng jawa pekat kat makcik Ruminah kita ni..
tapikan mancik...carilah lakonan yg xperlukan makcik bukak selendang or tudung tu..sekadar nasihat..kesian tgk makcik dalam drama tu.. Next Drama...
to be continued...
Daisypath Anniversary tickers